7 Pelbagai Kegunaan Traffic Light Cards (+TEMPLATE)




Traffic Light Cards ataupun Kad Trafik adalah bahan yang digunakan secara meluas untuk menunjukkan status kefahaman murid.
Hijau=Faham
Kuning=Tidak Pasti
Merah=Tidak faham


Hal ini sejajar dengan aspirasi Pembelajaran Abad ke 21 untuk  menjadikan murid mampu memberikan penilaian kendiri untuk tahap pemahaman mereka terhadap PdPc yang berlangsung.

Banyak kos πŸ’Έ yang terlibat dalam penyediaan kad-kad ini. Bagi guru-guru yang memilih untuk membuat sendiri kad-kad ini, banyak masa dihabiskan. Bayangkan jika ada 5 kelas dengan lebih kurang 30 murid (min). 150 set tuh! Fuh!
 
Alang-alang dah buat, elakkan pembaziran 😑 usaha murni guru dengan mempelbagaikan kegunaan kad trafik iniπŸ˜„. Di sini saya kongsikan beberapa idea.

1. Kad Disiplin (Disciplinary Cards)
Hijau=Dapat reward (boleh cuba Reward Cards)
Kuning=Amaran awal dan sila beri perhatian
Merah=Denda

2. Kad Jawapan (Answer Cards)
Jadikan kad-kad jawapan itu sebagai jawapan murid. Guru paparkan soalan. Murid jawab mengikut kod warna. Contohnya:


A
B
C


Konsep ala-ala Kahoot. Pilihan jawapan boleh disusun berubah-ubah agar murid sentiasa beri perhatian dan bukan main tembak sahaja apabila menjawab. Hal ini sama konsep ngan KAHOOT!
* Hasil perkongsian SISC+ Melaka Tengah, Puan Nadiah*


3. Pembahagian Kumpulan Besar (Big Group Management)
Berikan sekeping kad warna randomly kepada murid-murid. Kemudian bahagikan kumpulan besar mengikut kad yang mereka dapat. Kemudian bahagikan kepada yang lebih kecil jika perlu.

4. Kad Mengundi (Voting Cards)
Murid boleh mengundi kumpulan/murid terbaik dengan menunjukkan kod warna pilihan kumpulan/murid.

5. Indikator Status Tugasan (Task Status Indicator)
- Guru memeriksa sama ada murid sudah siap ataupun belum tugasan yang diberikan; individu mahupun berkumpulan. Contohya:
Hijau=Sudah siap.
Kuning=Hampir siap 
Merah=Belum

6. Benar/Salah/Tidak Pasti (True/False/I'm Not Sure)
Guru berikan beberapa pernyataan. Murid jawab...
Hijau=Benar

Kuning=Tidak Pasti
Merah=Salah


7. Setuju/ Tidak Setuju/ Tidak Faham Soalan (Agree/Disagree/ I Do Not Understand)
Guru kemukakan beberapa pernyataan pendapat dan murid menyatakan mereka setuju ataupun tidak.
Hijau=Setuju 

Kuning=Tidak Faham
Merah=Tidak Setuju

Dan pelbagai lagi..ikut kreativiti cikgu-cikgu semua. Selamat mencuba!

OK! Semangat dah?
.......................................................
.......................................................
.......................................................
.......................................................



Mari kita download dan print:
πŸ‘‰TEMPLATE TRAFFIC LIGHT CARDS




Cuma perlukan kertas berwarna, sampul laminate, masking tape, batang aiskrim (beli kat DIY jer, murah!) dan gunting.


Ta da! Dah siap.....


OK esok dah boleh mula dah!. Good Luck!πŸ’ͺ


7 Pelbagai Kegunaan Traffic Light Cards (+TEMPLATE) 7 Pelbagai Kegunaan Traffic Light Cards (+TEMPLATE) Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on March 28, 2017 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.