11 Aplikasi Terhangat Masa Kini Untuk PdPc PAK21


Cikgu-cikgu pasti nak tahu apa 'trend' terkini apps pendidikan ataupun perisian untuk pembelajaran PAK21. Di sini saya kongsikan beberapa apps yang cikgu perlu tahu agar tidak ketinggalan.


1. Kahoot!
Satu bentuk kuiz mudah yang interaktif dengan menggunakan cue warna sebagai jawapan. Set soalan boleh dibuat sendiri ataupun rujuk kepada set-set soalan yang telah dibuat oleh pengguna-pengguna lain. Di akhir kuiz, analisis kuiz boleh didapatkan untuk menilai hasil pembelajaran. 


2. Quizziz
Sama seperti Kahoot!. Bezanya Quizziz boleh digunakan mengikut kesesuaian masa murid tidak seperti Kahoot! yang perlu dijalankan serentak. Boleh juga dijadikan kerja rumah kepada murid. Setelah semua murid selesai menjawab kuiz, satu analisis boleh didapatkan. 



3. Plickers
Plickers menggunakan konsep 'hi-tech, low tech'. Hanya guru perlukan akses internet. Soalan dipaparkan dan murid akan menunjukkan jawapan mereka menerusi kad Plickers. Setiap kad adalah unik untuk setiap murid. Murid perlu menunjukkan kad mereka mengikut sudut jawapan pada kad. Kad-kad mereka akan diimbas menggunakan smartphone dan data akan dimuatnaik kepada set-set soalan. Pada paparan, akan kelihatan jawapan murid dan analisis boleh didapatkan. Sesuai untuk kelas yang tiada akses komputer atau internet. 



4. Tarsia
Tarsia adalah satu perisian untuk membuat puzzle. Hanya perlu taipkan set soalan dan jawapannya dan Tarsia akan membentuk potongan-potongan puzzle tersebut. Ada pelbagai bentuk boleh dipilih. 


5. Padlet
Padlet adalah satu medium untuk murid belajar secara kolaboratif. Satu topik akan akan diberikan dan murid yang diberikan akses boleh meletakkan sebarang nota, gambar, video serta audio. Aplikasi ini mudah untuk dibuat dan murid belajar untuk bersama-sama membina bahan pembelajaran. 



6. Zappar
Zappar adalah salah satu bentuk augmented reality. Pengisian interaktif boleh ditentukan untuk sesuatu gambar ataupun tempat, kemudian sesiapa sahaja yang mengimbas gambar atau tempat itu dengan apliasi Zappar akan dapat melihat pengisian interaktif tersebut. Ala-ala cari Pokemon gitu. Aplikasi ini telah dibangunkan di Cambridge University , England.


7. Quizzlet
Perlukan aplikasi untuk  flascards digital. Nah, cuba Quizzlet. Boleh buat set flashcards sendiri ataupun cari sahaja set-set sedia ada.



8.Google Docs
Dengan Google Docs, murid boleh dijemput untuk turut serta secara kumpulan dan murid berkolaborasi menyiapkan tugasan. Antara keistimewaan Google Docs ialah setiap peserta boleh highlightkan ayat atau bahagian tertentu dan menulis komen. Di samping itu, untuk setiap perubahan yang dibuat kepada tugasan, guru akan dapat melihat siapa yang membuat perubahan itu. Malah guru juga dapat mengetahui murid mana yang memberikan sumbangan dan yang tidak. Hasilnya?Ya boleh simpan dalam bentuk Word untuk diedit kelak ataupun pdf untuk dijadikan e-book.


9. Mobizen
Mahu paparkan skrin yang sama daripada smartphone kepada laptop tanpa sebarang peranti, boleh gunakan Mobizen. 


10. Google Translate
Kamus? Google Translate la jawapannya. Malah Google Translate juga boleh mengimbas gambar tertentu dalam bahasa asing dan memberikan maksud dalam bahasa yang diminta. Cepat dan mudah. 



11.  ZipGrade
Penat menanda kertas soalan objektif. Gunakan Zipgrade yang berkonsepkan OMR. Imbas kertas jawapan murid dan bilangan jawapan betul serta markah akan dipaparkan. Mudah dan menjimatkan masa. Siap dengan analisis item lagi.


Lain-lain yang best jugak: Google Slides, Socrative, Skitch, Duolingo, Google Voice. Kongsikan di ruangan komen jika ada apps lain yang anda suka.

Sila baca:
Beza Kahoot! Plickers dan Quizziz


Tahukah anda bahawa blog ini telah tercalon untuk Malaysia Website Awards? Undi kami di sini
http://www.mwa.my/2017/sep/mudah-mengajar-2

Facebook Page: fb.me/mudahmengajar
Facebook Cikgu Herry: fb.me/herryansyahku


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. classtools.net
    Buat segalanya secara online tanpa perlu download apa-apa.
    Arcade games & flash card generator, crossword puzzle generator,... dan banyak lagi.

    BalasPadam
  2. sangat bermanfaat.syukran jazilan..

    BalasPadam
  3. Terima kasih Cikgu Herryan.Sangat berfaedah untuk ibubapa dan guru menggunakanna.

    BalasPadam
  4. Terbaik cikgu.. perkongsian ilmu yg bermanfaat

    BalasPadam
  5. Ia adalah suatu langkah persiapan awal untuk penambahbaikan strategi PdPc. Sementara itu, musim cuti sekolah adalah masa terbaik meneroka aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

    BalasPadam
  6. I love your article.You can visit my website: metaltracker

    BalasPadam