Bengkel PdPc PAK 21 (Siri 1)


Hari ini saya dapat berkongsi beberapa kaedah dan teknik yang memudahkan PdPc guru. Kali ini, bengkel dibuat di SJKC Saleng.

Antara perkongsian yang diberi ialah Popsicle Sticks, Entry Ticket, ZipGrade dan Screen Mirroring.

1. Popsicle Sticks
Semua nama murid dituliskan di atas batang aiskrim. Guru ambil satu dan sebutkan nama murid untuk jawab soalan yang diberi. Guru beri soalan sehingga semua batang iaskrim itu habis. Jika ada yang tidak dapat jawab, murid lain boleh bantu dan batang aiskrim murid itu dikeluarkan. Teknik ini membantu guru melibatkan semua murid. Selesai semua batang aiskrim dikeluarkan daripada cawan, maka murid diberikan batang aiskrim tersebut sebagai ganjaran dan mereka hias dengan stickers. 





2. Entry Ticket
Satu kaedah set induksi. Tajuk diberi dan dipaparkan. Murid menulis apa sahaja soalan di sticker note. Kemudian melekatkan pada dinding. Murid lihat dan jika mereka ada jawapan mereka ambil stickey note itu dan cuba jawab. Setiap soalan yang betul ataupun percubaan diberikan sticker ganjaran. Hal ini memberikan guru gambaran pengetahuan sedia ada murid dan menggalakan sumbangsaran pengetahuan.  



3. ZipGrade
Dengan aplikasi ini, guru hanya perlu scan jawapan OMR murid (OMR ZipGrade download daripada website). Guru akan dapat analisis pencapaian murid dalam sekelip mata.






4. Screen Mirroring
Oleh sebab perlu tunjukkan guru cara nak guna ZipGrade pada smartphone, saya pun gunakan Screen Mirroring. Tanpa menggunakan sebarang peranti, yang penting smartphone dan laptop memakaian rangkaian internet yang sama. Kemudian alamat unik ditaip pada address dekat browser. Semua aktiviti di smartphone dipaparkan pada skrin.   


Bengkel PdPc PAK 21 (Siri 1) Bengkel PdPc PAK 21 (Siri 1) Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on April 20, 2017 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.