KAHOOT!, QUIZZIZ atau PLICKERS?

Ha tu dia, 3 jenis aplikasi kuiz ONLINE paling hangat masa kini. Bagi cikgu-cikgu celik IT, semua kuiz ni kalau nak buat celah gigi je. DAN...memang suka nak buat sebab mudah nak setup. Namun bagi yang baru berjinak-jinak atau perlu membuat pilihan kuiz mana yang lebih baik, di sini saya kongsikan pendapat saya. 

KAHOOT & QUIZZIZ
✅Setup mudah.
✅Murid hanya perlu insert no pin soalan daripada kuiz yang dibuat oleh guru.
✅Ada 4 pilihan jawapan bagi setiap soalan.
✅Boleh set masa.
✅Boleh set sususan soalan dan jawapan secara random automatik.
✅Boleh paparkan 'result' selepas setiap soalan dan diakhir kuiz. Murid juga tahu kedudukan terkini mereka.
✅Boleh dapat analisis keputusan secara menyeluruh seperti soalan yang paling dikuasai dan tidak dikuasai, pencapaian individu, kepantasan dijawab dan pelbagai lagi.
✅Memerlukan sambungan internet dan peranti seperti PC, chromebook atau peranti mudah alih untuk setiap murid.
✅Terdapat bank soalan daripada pengguna-pengguna lain yang cikgu boleh guna dan akses.

KAHOOT








Kahoot oleh GDB saya Encik Khairul Anuar ,SK Bandar Tenggara 2




👍Kelebihan:
✅Soalan di skrin utama, sementara peranti murid paparkan pilihan jawapan. Sangat baik untuk mendapatkan tumpuan murid dan membina elemen kompetitif dan membuat keputusan dalam masa yang cepat.
✅Analisis yang sangat komprehensif dalam pelbagai aspek.
Asas: siapa cepat dan betul dia HEBAT.

👎Kekurangan:
- Jika projektor atau SMARTBOARD guru tidak berfungsi, maka sukar untuk paparkan soalan.
- Terganggu jika ada masalah internet.


QUIZZIZ




👍Kelebihan:
✅Murid tidak perlu bergantung kepada paparan skrin dari peranti guru untuk mengetahui soalan. Bila no pin sudah dimasukkan, murid boleh mula dan terus menjawab setelah kuiz dilancarkan oleh guru.
✅Guru boleh memulakan kuiz dengan hanya menggunakan smart phone sahaja.
✅Asas: jawab yang penting jawapan.

👎Kelemahan:
- Murid hanya perlu bersaing dengan masa sendiri.
- Masih mengutamakan jawapan dan kepantasan jawapan tetapi tidak begitu jelas kepada murid dari segi persaingan atau nilai kompetitif.
 - Terganggu jika ada masalah internet.



PLICKERS







Plickers oleh GDB saya, Cik Norashikin SK Kulai 1


👍Kelebihan:
✅Mudah setup.
✅Hanya perlukan peranti dan paparan skrin dari guru.
✅Hanya perlukan SMARTPHONE guru untuk scan jawapan murid.
✅Tidak memerlukan internet dan boleh dibuat dalam kelas biasa.
✅Kertas Plickers Unique Code murid boleh diulang guna untuk beebrapa kelas lain. Hanya perlu ubah senarai nama murid. Boleh dipelbagai guna (Kebijaksaan guru untuk 'hack').

👎Kekurangan
- Mengambil masa untuk 'scan' jawapan murid.
- Sesetengah murid boleh menjadi bosan kerana ada waktu senggang antara soalan dan masa scan.
- Perlu 'print' code tersebut.


Itulah sedikit sebanyak perkongsian tentang kelebihan dan kekurangan aplikasi-aplikasi di atas. Guru-guru boleh memilih mengikut keperluan dan situasi masing-masing.

Bagaimanapun, hal ini berubah-ubah dari masa ke semasa kerana setiap aplikasi ini sedang giat mempelbagaikan fungsi mereka.

Catat Ulasan

0 Ulasan