Kuasakan Yes Altitude (Phone lain pun boleh!)





2 isu utama dengan Yes Altitude. RAM dan ROM
RAM (Kapasiti Memori pemprosesan) - 1GB
ROM (Muatan) - 8GB

1GB RAM tu agak slow untuk cikgu, so kalau nak buat multitasking dan buka macam-macam apps memang phone cikgu jadi SLOW.

Harapnya banyaklah cikgu nak save gambar, masuk group macam-macam kat Whatsapp dan Telegram untuk perkasa PdPC cikgu, gambar dan video pulak beratus-ratus tersimpan, bila nak buka apps PdPc itu ini, jadi slow..


NAH! Ini solusinya..

1. Autodownload:
Bila cikgu autodownload apa sahaja gambar dan video (media), maka phone cikgu jadi SLOW. Phone perlukan memory yang tinggi untuk memuat (media) tersebut. Lepas tu simpan pulak kat phone cikgu yang tak berapa nak banyak RAM tu. Bukan semua gambar nak simpan pun. Petah lagi dalam group ade yang siap share gambar kucing makan la, juadah minum petang la...cikgu nak 'save' gambar bahan PdPc je dari group sekolah. Secara automatiknya, Whatsapp dan Telegram akan autodownload semua media. Cikgu boleh offkan autodownload ini dengan...

Whatsapp
Whatsapp pegi kat sebelah atas kanan, klik pada 3 dot dan paparan berikut akan keluar:



Pilih Settings. Kemudian pilih Data Usage.



Ada 3 benda: When Using data, When connected on Wi-Fi dan When roaming. 


Klik setiap satu dan akan keluar paparan beriku. Untick atau buangkan tanda tick pada semua jenis media. 



Dah siap. Lepas ni, bila ada orang share gambar dan video, yang keluar hanyalah paparan blur. Klik pada media, barulah ia akan download. Jimat ruang dan tenaga phone cikgu.

Konsep sama juga pada Telegram. Untick semua media. Ada orang kata, Telegram tak makan ruang kalau autodownload sebab gambar autodownload tak save dalam phone. Bila autodownload, cikgu masih perlu klik kat gambar dan save secara manual. Tapi sebenarnya, ia masih menyimpan media itu cuma dalam saiz kecil. Kecil-kecil lama-lama jadi semak samun juga 😅.


2. Google Photos.


Dalam Google Photos, cikgu boleh menyimpan semua media cikgu. Cuma perlukan internet. Paling BEST, cikgu dapat 15GB cloud storage. Cikgu juga boleh setkan supaya setiap kali media berjaya upload ke Google Photos, media dalam phone dibuang. Ada 2 kebaikan:
- jimat ruang telefon
- media cikgu selamat sebab tersimpan di internet. Bayangkan kalau telefon cikgu rosak.








 Itu sahaja.. Ada banyak cara lagi. Selamat mencuba.



 
Kuasakan Yes Altitude (Phone lain pun boleh!) Kuasakan Yes Altitude (Phone lain pun boleh!) Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on April 09, 2017 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.