Main Detektif Dalam Kelas (Jom Kita Cari!)

Kita sudah maklum, terdapat pelbagai strategi perkongsian maklumat dalam kelas. Yang paling popular ialah 3 stray 1 stay dan gallery walk. Kedua-duanya memerlukan pergerakan dan murid mencatat maklumat. 

Apabila terlalu kerap aktiviti ini dijalankan, suasana menjadi membosankan, murid pun jadi malas dah nak bergerak. Kesudahnya, ramai guru lebih suka tanya sajalah apa maklumat murid ada, kelas cepat siap, jawapan lebih cepat dapat!😑

Tahukah anda, pelbagai variasi 3 Stray 1 Stay yang kita boleh buat. Tunggu! Apa itu 3 Stray 1 Stay?😦
3 Stray 1 Stay ni ialah umpama ada 4 orang dalam kumpulan. Murid berempat ini bincangkan 1 tajuk, dan kemudian berkongsi idea dan mereka tetapkan hasil perkongsian mereka. Kemudian, 3 orang ahli kumpulan bergerak ke kumpulan lain untuk menambah maklumat sementara yang seorang tunggu sahaja di tempat asal untuk jadi orang yang menerangkan hasil kumpulannya kepada 3 orang tetamu dari kumpulan lain.







OK, tentang variasi, boleh main detektif dalam kelas. Cikgu kemukakan satu soalan atau kes berat. Kaedah 'Problem Based Learning'. Ala cikgu pakailah topi hakim ke, atau apa-apa props ala-ketua polis ke..then murid kena jadi detektif. Owh ya, kan ada Hari Koku. Pakai Uniform.  Cantek tu!
Murid cuba cari penyelesaian. 
1. Murid berbincang dalam kumpulan masing-masing (kolaboratif & komunikatif). 
2. Murid boleh cari atau tambah sumber jawapan daripada stesen sumber di dalam kelas.
3. Murid kongsikan hasil mereka menerusi kaedah Think Pair Share ataupun Corners.
4.  Dah siap, kalau perlu pakai tag (tulis detektif)..Takde 'proper' tag, asalkan ada kad kosong tulis dengan pen dan klipkan pada kocek murid. Tulis nama, Detektif Ali. hehe
5. Dah siap sedia, murid jalankan aktiviti 3 Stray 1 Stay. Dapatkan maklumat.
6. Kemudian, murid bentangkan jawapan mereka. Oleh sebab mereka kumpul jawapan yang sama je, nilai dari segi ketepatan jawapan dan pembentangan paling kreatif (kritikal & kreatif). Murid yang pilih pemenang. Murid boleh kemukan soalan kepada setiap kumpulan pembentang (kritikal & murid aktif) Murid boleh undi menggunakan Kad Traffic Light . Bagi reward pemenang dalam bentuk Reward Cards ataupun Stickers.
7. Dah siap, pasti menarik!💪

* Guru kena bimbing murid sepanjang aktiviti.
* Guru merancang masa aktiviti dengan baik.

Variasi- Main wartawan


 
 Selamat mencuba!

Main Detektif Dalam Kelas (Jom Kita Cari!) Main Detektif Dalam Kelas (Jom Kita Cari!) Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on April 03, 2017 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.