PERMAINAN FAN N PICK Serta Variasi

Fan N Pick
Permainan ini ialah untuk pembelajaran koperatif mengikut Teori Kagan. 

Macam mana rupanya?  




Fan N Pick Mat


Tujuan:
1. Bina rapport antara murid.
2. Berlatih Listening dan Speaking
3. Latihan penguasaan sesuatu topik.
4. Membina elemen kolaboratif.
5. Merancakkan elemen komunikatif.
6. Membina motivasi. 
7. Ulangkaji isi pembelajaran.
8. Mengisi masa terluang murid.
9. Sesuai untuk kelas relief.
10. Menjadi set induksi pembelajaran (bagi tahap advanced)
11. Boleh menjadi 'inquiry based learning'.

Cara nak main:
1. Ada 4 orang murid. Setiap seorang pegang peranan lain-lain iaitu:
- FAN (Seorang memegang kad-kad dan dibentukkan seperti kipas)
- PICK (Seorang memilih kad dan membacakan soalan kepada orang ketiga; ANSWER)
- ANSWER (Seorang menjawab soalan tersebut)
- RESPOND (Seorang memberi respon bersetuju/tidak bersetuju, menambah, menidakkan atau memberi kata pujian)
2. Susunannya seperti di atas iaitu: FAN -> PICK -> RESPOND -> ANSWER
3. Selepas selesai 1 round, maka murid rotate pula giliran mereka sehingga semua murid memegang peranan berbeza.

Perhatian!
1. Pastikan soalan itu mudah difahami dan sesuai dengan aras murid.
2. Berikan panduan atau contoh ayat untuk respon.
3. Jika ada lebih daripada 4 orang murid dalam 1 kumpulan, masukkan murid yang lebih itu kepada peranan ANSWER dan RESPOND
4. Jika murid tidak dapat menjawab sesuatu soalan boleh 'pass!'. Boleh letakkan juga had untuk 'pass!' soalan. 
5. Letakkan kertas panduan cara nak main seperti pada Fan N Pick Mat di atas (download FAN N PICK MAT ). 

Jenis Soalan Pada Kad Fan N Pick?1. Soalan dan jawapan fakta.
2. Sinonim / antonim.
3. Elemen sastera dalam sesuatu karya. Contoh; watak, latar belakang masa, laras bahasa, metafora dan sebagainya.
4. Soalan kuiz matematik atau sifir.
5. Menamakan hukum berdasarkan ayat Alquran yang dibaca.
6. Mengenal gambar.
7. Mencari padanan suku kata.
8. Teka teki.
9. Soalan pemahaman.
dan bermacam-macam lagi. 



Contoh Fan N Pick dengan 6 orang murid

Tahukah anda bahawa blog ini telah tercalon untuk Malaysia Website Awards? Undi kami di sini
http://www.mwa.my/2017/sep/mudah-mengajar-2

Facebook Page: fb.me/mudahmengajar
Facebook Cikgu Herry: fb.me/herryansyahku

PERMAINAN FAN N PICK Serta Variasi PERMAINAN FAN N PICK Serta Variasi Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on April 11, 2017 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.