Mudahnya i-Think

i-Think i Think i Pening..
 
NO!  
i-Think adalah satu bentuk peta pemikiran yang membantu menguruskan idea dan mengurangkan kekusutan di minda murid. Mudah sahaja difahami. Konsep peta pemikiran adalah metacognition; the study of thinking. Metacognition ni merujuk kepada kajian cara manusia berfikir dan bagaimana cetusan idea diuruskan. 




YES!
Dengan adanya peta pemikiran;
1. Murid dapat meluahkan sejauh mana pengetahuan sedia ada mereka.
2. Mengetahui apa yang mereka tahu dan tidak tahu.
3. Mendapatkan idea baru daripada rakan-rakan atau sekeliling (komunikatif dan kolaboratif) .
4. Mengenal pasti idea mana yang relevan dan perlu disisihkan.
5. Membuat analisis idea dan membuat pemilihan idea yang paling sesuai (kritis).
6. Memikirkan bagaimana sesuatu idea dapat diolah dengan lebih baik (kritis dan kreatif).
7. Membina kronologi idea.
8. Menyusun idea.
9. Membuat hubung kait.

Wah semua elemen 4C (dalam bahasa; Komunikatif, kolaboratif, kritis dan kreatif) ada dalam i-Think itu sendiri.

Dengan i-Think sebagai 'tool for learning', cikgu dapat membina pemikiran yang baik di kalangan murid dalam satu PdPc yang sangat berkesan. Apa yang penting sekarang bagaimana nak buat aktiviti dengan pembudayaan i-Think ni?
Di sini saya kongsikan beberapa dapatan daripada GDB-GDB saya.

1. Peta i-Think sebagai set induksi/pra aktiviti
Dalam cikgu-cikgu membuat aktiviti set induksi, selalunya perbincangan akan berlaku. Dalam keadaan tertentu, murid akan memberitahu apa yang mereka tahu. Hal ini hanya nampak jelas dengan menggunakan peta i-Think. Bila idea-idea tersebut dizahirkan, cikgu nampak lebih jelas. Guru tidak perlu menambahkan idea baru kepada peta-Think itu. Biarkan sahaja dengan idea yang murid sumbangkan.

2. Peta i-Think sebagai 'collaboration tool'.
Sudah jelas lagi bersuluh, dalam kumpulan membuat sumbangsaran idea dan ditulis pada peta i-Think. Murid akan menambah idea dan berkongsi idea mereka.

3. Peta i-Think sebagai 'cooperative strategy tool'
Bila sebut cooperative strategy sahaja, semua terfikirkan gallery walk, 3 stray 1 stay (dalam konteks ni apa sahaja aktiviti yang perlukan murid-murid bergerak dapatkan maklumat). Contohnya Main Detektif Dalam Kelas. Murid akan dapat penambahan maklumat kepada peta i-Think sedia ada mereka dengan konteks yang lebih meluas bukan sekadar dari ahli kumpulan sendiri.

4. Peta i-Think sebagai alat penilaian
Peta i-Think boleh digunakan sebagai alat penilaian. Bagaimanapun, hal ini terhad kepada peringkat pengetahuan mengikut Bloom's Taxonomy. Untuk peringkat lain seperti aplikasi, analisis dan sebagainya tidak begitu tepat kerana idea-idea dalam peta i-Think walaupun melalui proses aplikasi/analisis, bukanlah satu produk yang biasanya diminta. Produk selalunya murid hasilkan dalam bentuk  ayat yang jelas, perenggan  ataupun ulasan. Jadi ada perbezaan pada peringkat percambahan idea dengan produk sebenar. Hal ini hanyalah proses pemikiran. Sementara pada peringkat pengetahuan, murid zahirkan dalam bentuk perkataan atau isi utama dalam bentuk frasa ringkas sahaja. Jadi, idea dalam peta-iThink dan produk sebenar kebiasaannya sama.
Jadi cikgu boleh jadikan idea-idea dalam i-Think sebagai produk yang dinilai. Contoh, murid menyenaraikan kembali sekurang-kurangnya 8 jenis pekerjaan yang baru dipelajari.  Atau, murid menyenaraikan ciri-ciri fizikal dan sahsiah sesuatu watak dalam cerita yang dipelajari. 

➕BONUS👍
Seorang GDB saya Puan Lee Choon Keng, SJKC Kulai 1 telah menggunakan kaedah 'thinking race'💭🚗. Setiap kumpulan diberikan peta-iThink, murid menyenaraikan kembali hobi yang telah mereka pelajari beserta dengan ejaan yang betul. Masa ditetapkan dan pada akhirnya, guru menyemak jawapan murid dan guru memberikan markah. Guru ini turut memberikan kata-kata pujian bahawa kumpulan terbaik mempunyai minda paling cerdas. 





4. Peta i-Think sebagai alat perancangan
Semestinya peta i-Think membantu murid membuat perancangan untuk sesuatu perkara. Carta alir dapat membantu murid membuat aliran kerja sesuatu projek. Peta bulatan pula dapat membantu murid menyenaraikan perakara-perkara yang diperlukan. 

5. Peta i-Think sebagai alat penyelesaian masalah
Pelbagai peta i-Think digunakan untuk  menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya mencari sebab dan akibat melalui peta pelbagai alir. Kemudian mencari persamaan melalui peta buih berganda. Dalam menentukan ciri-ciri, murid menggunakan peta buih. Sementara itu, murid menggunakan peta pokok untuk menyusun maklumat mengikut kategori.

6. Peta i-Think sebagai alat rumusan/pasca aktiviti
Pada peta i-Think yang asal, murid menambah idea-idea baru setelah melalui proses pembelajaran. Daripada situ, murid dapat menunjukkan hasil pembelajaran dan perkembangan kepada pembelajaran mereka. Hal ini juga satu bentuk refleksi kepada mereka. Dengan aktiviti ini mereka belajar tentang kaedah belajar iaitu menambah kekurangan kepada isi yang mereka sedia ada.  

Dan banyak lagi.......

Kenapa mesti i-Think, peta awan, peta planet, peta segala peta tak boleh ke?
Sebenarnya boleh. Tiada masalah. Cuma guru-guru digalakkan menggunakan peta i-Think sebab peta i-Think telah dipatenkan khas untuk pembelajaran PAK21 di Malaysia. Terdapat pelbagai sumber rujukan dan sokongan diwujudkan agar guru-guru dapat menggunakan peta pemikiran dengan tepat dan konsisten. Apabila guru menggunakan peta-peta lain, penggunaannya mungkin tidak tepat mahupun konsisten. Mengikut konsep metacognition, proses pemikiran perlu dilatih dan dibiasakan secara konsisten untuk hasil yang dinamik.

Catat Ulasan

0 Ulasan