Pembelajaran Di Luar Bilik Darjah

Setiap hari PdPc dijalankan dalam bilik darjah. Ada masanya, kita sudah sebu dengan ruang yang sama walaupun aktiviti berbeza. Kalau subjek PJ mestilah kat luar kelas kan. Bagaimana pula untuk subjek lain. Adakah PdpC berlangsung dengan baik dengan suasana yang sesuai. Inilah yang cuba disampaikan oleh konsep Learning Hub di daerah Kulai. Di sini saya kongsikan 2 buah sekolah, SK Sri Pulai Perdana dan SK Taman Muhibbah.
MAPELA SK Sri Pulai Perdana
Sekolah Band 1 ini sememangnya menjanjikan kualiti terbaik untuk pembelajaran abad ke 21. Lihat Learning Hub mereka. 
























Pdpc ini dijalankan oleh Cikgu Badrul Amin dengan dibimbing oleh Puan Diana Christie
Ruang pembelajaran di luar kelas itu sendiri  sudah informatif dan membina suasana pembelajaran yang menarik.
Costly? Banyak kerja? Leceh?
Jika komited pastinya menghasilkan  sesuatu yang terbaik. Di SK Taman Muhibbah (BUKAN Band 1) pula  mengambil insiatif lain untuk mewujudkan suasana pembelajaran di Learning Hub. 














QR Code digunakan sebagai sumber pembelajaran. Dengan murid membuat imbasan pada code, mereka berbincang tentang dapatan mereka dan membentangkannya. Setiap spot, mempunyai QR code yang berbeza. Dengan itu, explorasi ilmu menjadi sangat menarik.  PdPc ini telah dijalankan oleh Puan Norashiken Sanuddin.  
Bina Qr Code, rujuk: Pengunaan QR Code dalam PdPc

Antara manfaat penyediaan Learning Hub dan pembelajaran di luar bilik darjah ialah:
- memberi dimensi baru dalam PdPc.
- membina suasana berlainan daripada 'within the four walls' dalam kelas.
- ada beberapa aktiviti yang memerlukan ruang yang lebih luas, di luar bilik darjah.
- menjana kreativiti untuk pembelajaran yang menarik.

Terdapat banyak lagi amalan baik Learning Hub yang akan saya kongsikan nanti.

Nak lebih idea dan perkongsian PdPc Abad ke 21? Join Telegram group mudah mengajar:   

Catat Ulasan

0 Ulasan