Amalan Baik PdPc PAK21 (Episod 2)

Konsep PAK21 adalah luas. Tiada siapa dapat tafsirkan dengan tepat secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan PAK21. Cuma yang ada hanyalah adaptasi amalan dan amalan baik PdPc untuk peningkatan kemahiran murid  dan memenuhi keperluan semasa. Di sini saya kongsikan beberapa amalan baik yang dilakukan oleh rakan-rakan guru saya yang juga GDB saya. 

1. Nurul Atikah Binti Muhammad Zubairi, SK Sinar Bahagia
Listen & Paste. Murid mendengar ayat yang disebutkan dengan memberi perhatian samada 'verb' tersebut adalah 'singular verb' atau 'plural verb'. Kemudian, mereka pilih ayat dan lekatkan pada kertas lukisan. Aktiviti biasa yang jarang-jarang kita lakukan. Selalunya murid hanya dengar dan 'tick'. 





Charades. Seorang murid pilih satu kad. Setelah mengetahui gambar atau perkataan, murid tersebut akan buat gaya dan murid-murid meneka apa perbuatan tersebut. Dalam situasi ini, murid perlu menyatakan ayat dengan lengkap seperti (swim) - Ali swims in the swimming pool every Sunday. Kumpulan yang meneka dan membina ayat lengkap dengan 'grammar' yang betul mendapat ganjaran. 

2. Hui Mei Jiun, SJKC Saleng
Snatch It. Murid dengar perkataan yang disebutkan dan akan capai samada gambar ataupun perkataan. Cara sebegini membantu murid untuk respon dengan memilih perkataan atau gambar. Jadi murid membiasakan diri dengan linear dan non linear text. Dari perkataan untuk bina visual dan dari visual membina perkataan. Hal ini mengambil berat tentang jenis pembelajaran murid berbeza (linguistik dan visual).





Write about me. Guru ini menggunakan bahan yang sama untuk murid menulis ayat dibentangkan dalam bentuk poster. Dengan itu, murid mengasah elemen pemikiran kritis untuk membuat pilihan serta membina ayat.




Murid beri ganjaran kepada diri sendiri. Setiap kumpulan diberikan satu mangkuk berisi ganjaran berbentuk bintang. Setiap kali kumpulan memberikan jawapan yang betul, mereka ambil satu bintang dari mangkuk tu. Hal ini sama seperti ganjaran yang cikgu berikan cuma murid lebih 'excited' dan seronok sebab mereka memberi ganjaran kepada diri mereka sendiri. 



3. Tan Chun Poh, SJKC Batu
Fan N Pick. Murid bermain kad. Permainan ini dapat mengukuhkan penguasaan  murid terhadap sesuatu topik yang baru dipelajari. Murid akan memegang peranan berbeza untuk setiap pusingan. Untuk tutorial,
Layari:  
 



4. Chin Kin Peng, SJKC Kulai 1
Gallery Walk. Murid bergerak ke stesen kumpulan berbeza untuk melihat ayat-ayat yang murid tuliskan. Mereka menambah senarai ayat mereka dan 'vote' dengan smiley stickey jika mereka suka dengan  ayat-ayat tersebut.






Yes Altitude sebagai bahan rujukan kosa kata dan ayat. Guru ini menyediakan setiap kumpulan dengan sebuah smartphone Yes. Kemudian murid menggunakan Google Translate (bertindak sebagai kamus), Google Search dan Dictionary.com untuk merujuk kosa kata dan ayat. Dengan itu, murid dapat membuat ayat dengan lebih baik dan menambah idea mereka. Semua hp YES Altitude itu dipinjam daripada rakan-rakan guru.





5. Badruddin Bin Abu Bakar, SK Bandar Tenggara 2
Mengajar daripada Smartphone. Guru ini tidak menggunakan komputer untuk mengajar. Dengan hanya perlukan 'device' EzCast (Lebih kurang macam Anycast), guru bebas bergerak tanpa perlu untuk berdiri berhadapan dengan komputer.




Me, First. Yang ni rare sedikit sebab menggunakan alat. Fungsinya menjadikan aktiviti kuiz lebih menyeronokkan dan teratur. Guru dapat melihat dengan jelas kumpulan mana yang menekan buzzer terlebih dahulu. 



6. Khairul Anuar Bin Kasim, SK Bandar Tenggara 2
Kahoot! sebagai pre-test untuk pembelajaran pembezaan (differentiated learning). Murid-murid buat kuiz Kahoot!. Guru dapat mengetahui sejauh mana pengetahuan murid tentang topik yang diajar. Setelah mendapat analisis, guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Kemudian sumber diberikan sepanjang pembelajaran mengikut tahap murid. Di akhir pembelajaran, murid buat kuiz yang sama dan peningkatan ketara dapat dilihat (post-test). 



That's all. Thank you cikgu =)

Tahukah anda bahawa blog ini telah tercalon untuk Malaysia Website Awards? Undi kami di sini
http://www.mwa.my/2017/sep/mudah-mengajar-2

Facebook Page: fb.me/mudahmengajar
Facebook Cikgu Herry: fb.me/herryansyahku


Amalan Baik PdPc PAK21 (Episod 2) Amalan Baik PdPc PAK21  (Episod 2) Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on April 13, 2017 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.