Riadah Santai Bersama Pemimpin Muda Pengakap dan JSLC

Weekend ni aktiviti saya memang penuh. Saya terima 2 jemputan; dari Johor Girl Scouts Camp dan International Yok Colour Run dianjurkan oleh Johor Students Leadership Council (JSLC) di Johor Bahru. Kedua-duanya untuk sesi senamrobik dan Fitness Dance.

Johor Girl Scouts Camp 2017


Alhamdulillah rata-rata murid enjoy, almaklumlah, senamrobik gaya santai dan lagu-lagu terkini. Yang penting mereka bersenam dan berpeluh. Cikgu-cikgu pun join sekali, happening!


International Yok Colour Run Oleh JSLC
Sempena dengan program International Yok Color Run yang julung-julung kali dianjurkan oleh JSLC, mereka nak ada warm up exercise awal pagi tu dan Fitness Dance Slot satu. Apa lagi, bagi cukup-cukup..enjoy sangat murid-murid ni. Lepas lari 5/10km pun masih beriya nak join dance. Pergh. Apa pun tahniah kepada penganjur, JSLC dan Tuan Mohd Syahidan selaku penyelaras JSLC negeri Johor atas penganjuran ini. Hebat tu sebab event larian yang dianjurkan oleh murid dan pemimpin-pemimpin muda. Hal ini mempersiapkan mereka dengan dunia mereka di universiti nanti di samping membentuk kesepakatan bekerja dalam satu team yang besar. Dan mereka telah mengadakan satu program komuniti. Syabas juga kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor atas inisiatif ini. 





Aktiviti riadah sebegini memang anak murid suka. Cergas badan cerdas minda :)
Kepada guru-guru yang nak buat senamrobik untuk murid-murid, sila rujuk Modul Senamrobik 1Murid 1Sukan yang diedarkan ke sekolah-sekolah. Modul ini ditulis oleh saya dan 3 lagi orang rakan. Panduan semua ada dalam tu.

Untuk sebarang pertanyaan sila e-mail muhsinmuhsinin@gmail.com atau Telegram, just klik: https://t.me/Herryansyah

 

Riadah Santai Bersama Pemimpin Muda Pengakap dan JSLC Riadah Santai Bersama Pemimpin Muda Pengakap dan JSLC Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on April 23, 2017 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.