12 Aspek Dalam PdPc Yang Berkesan



Ada 12 aspek PdPc yang perlu cikgu-cikgu semua mahir.

1.  Objektif Pembelajaran
Objektif ditulis dan dipaparkan kepada murid. Maksud dan isinya jelas. Gunakan kaedah TiKus (seperti yang dikongsikan oleh SISC Azura ) atau kaedah SMART, rujuk :

2. RPH
RPH ditulis lengkap dengan menepati keperluan standard pembelajaran. Memenuhi elemen dalam pekeliling SPI 3/99 sekurang-kurangnya. Tulisan jelas dan boleh difahami oleh pembaca lain. Untuk pembudayaan lebih baik, istilah-istilah pembelajaran abad ke 21 dinyatakan.

3.  Aktiviti Berasaskan Pembelajaran
Aktiviti ada unsur pembelajaran untuk memenuhi keperluan kriteria kejayaan dalam objektif pembelajaran.  Aktiviti menggunakan pelbagai pendekatan daripada invididu kepada kumpulan. Aktiviti juga sesuai dengan tahap murid. Perlukan idea? rujuk:http://www.mudahmengajar.com/search/label/pembelajaran%20berasaskan%20aktiviti

4.  Komunikasi
Guru menggunakan bahasa yang sesuai dengan aras murid. Cara percakapan juga tidak terlalu laju dan boleh didengari oleh murid. Intonasi pelbagai mengikut situasi.

5.  Penglibatan Murid Aktif
Murid diberikan beberapa aktiviti yang merangsang mereka untuk terlibat secara aktif dan maksimum. Murid juga diberikan galakan agar terus memberi tumpuan dalam menjalankan aktiviti. Murid mampu berbincang, berkongsi idea,  mengulas lanjut dan pelbagai lagi. Dengan guru memberikan panduan..

6. Pengurusan Bilik Darjah
Guru menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengawal tingkah laku murid. Guru juga menggunakan teknik tertentu yang dapat mengatasi sebarang perlakuan di dalam kelas. Terdapat juga beberapa bentuk ganjaran untuk peneguhan positif murid. Mengawal murid dalam kelas? rujuk:http://www.mudahmengajar.com/2017/05/31-cara-mengawal-murid-dalam-kelas.html

7. Sumber Pembelajaran
Bahan sumber yang digunakan guru jelas, diterangkan serta menarik minat murid. Sumber itu juga semestinya relevan serta boleh dirujuk oelh murid sepanjang PdPc berlangsung. Wujukan stesen sumber? rujuk: http://www.mudahmengajar.com/2017/03/stesen-sumber-di-dalam-kelas.html

8. Pengetahuan Kandungan
Input yang diberikan guru jelas dan tepat. Guru juga dapat menangani sebarang persoalan murid dengan baik dan penjelasan yang berfakta. 

9. Penilaian Lisan
Beberapa soalan lisan diajukan lengkap dengan maklum balas kepada setiap soalan. Soalan juga ada kalanya diolah. Terdapat kepellbagaian bentuk soalan mengikut aras semasa sesi ini berlangsung.

10. Penilaian Bertulis
Latihan bertulis diberikan relevan, dibincangkan pada permulaanya dan latihan itu adalah mengikut aras murid. Selain itu, maklum balas diberikan pada penghujung aktiviti.

11. Rumusan
PdPc diakhiri dengan aktiviti yang relevan kepada pembelajaran. Boleh menyemak kembali penguasaan murid secara lisan, kuiz pendek, nyanyian dan sebagainya.

12. Refleksi
Guru dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam PdPc. Mewujudkan beberapa perancangan intervensi untuk kelas seterusnya. Penulisan reflleksi?rujuk: http://www.mudahmengajar.com/2017/04/panduan-ringkas-penulisan-refleksi.html


Itulah panduan serba ringkas yang dapat membantu guru menjalankan PdPc dengan baik :)
Tahukah anda bahawa blog ini telah tercalon untuk Malaysia Website Awards? Undi kami di sini
http://www.mwa.my/2017/sep/mudah-mengajar-2

Facebook Page: fb.me/mudahmengajar
Facebook Cikgu Herry: fb.me/herryansyahku

12 Aspek Dalam PdPc Yang Berkesan 12 Aspek Dalam PdPc Yang Berkesan Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on May 05, 2017 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.