Buku PA21 Oleh Cikgu Paling Glamer!



Kali ini Mudah Mengajar bedah sebuah buku. BUKU PA 21 oleh cikgu paling glamer abad ini, Cikgu Norhailmi dari SMK Jerlun. Buku-buku panduan PA 21 sudah banyak diterbitkan dan buku ini menjadi satu lagi buku yang harus anda rujuk :)




Saya cukup teruja memiliki buku ini kerana beberapa sebab. Juga sebab kenapa anda harus memilikinya.

1. BERBALOI
Harganya cuma RM27 tetapi penuh dengan informasi Pembelajaran Abad ke 21. Bercetak warna bagi setiap muka surat, anda memang seronok melihat infografik. Kalau cetak hitam putih kurang umph kan. Best! minda anda pun berwarna warni jadinya, tak sabar nak mengaplikasikan keindahan PA21.

2. PENGISIAN YANG TERATUR
Isi buku ini disusun atur dengan baik. Mudah untuk anda 'navigate' dari satu tajuk ke satu tajuk atau terus merujuk kepada tajuk tertentu. Nak PAK21 kenalah jadi teratur dulu kan?!


3. INFOGRAFIK MENARIK
Pelbagai fakta dipersembahkan dalam bentuk infografik. Kalau pegi kedai makan atau fesyen anda nak trend hipster, nah, kalau buku dan fakta pula dengan trend 'Infografik'. 'Eye-catching' dan anda juga mudah hafal...kot-kot esok lusa pemantau nak soal, anda ingat semua ciri-ciri, aspek dan sebagainya.


4.  AMALAN TERBAIK
Dalam buku ini, Cikgu Hailmi sendiri berkongsi pengalaman beliau menjalankan pembelajaran abad ke 21. Jadi bukan tipu-tipu ya. Siap ada gambar-gambar sebenar, testimonial rakan sekerja dan murid lagi. Ini contoh dan model terbaik amalan terbaik PA 21.


5. PANDUAN BERFOKUS
Buku ini bukan sahaja menyediakan maklumat-maklumat asas PA 21 tetapi juga panduan mengikut aspek secara berfokus. Contohnya, elemen KBAT, Teknik Penyoalan. Ada disertakan panduan lengkap teknik menyoal yang komprehensif. Jadi tidaklah maklumat itu terlalu umum namun tidak pulapanjang sangat macam thesis. Concise and precise. 





6. INTEGRASI TEKNOLOGI 
Dalam buku ini, ada integrasi penggunaan QR Code untuk mendapatkan bahan media. Hanya perlu imbas dan anda boleh pergi ke link tertentu. Anda juga boleh tonton video setelah mengimbas QR Code tersebut.


7. TEPAT KE HATI
Buku ini dihasilkan sendiri oleh beliau. Jadi segala ilmu dan maklumat adalah berdasarkan pengalaman seorang pelaksana PA 21, guru,  penyumbang kepada PA21 (Contohnya STEM), speaker seminar dan ahli motivasi. Jadi anda juga pasti teruja untuk menjadi sepertinya kerana anda beliau juga seorang guru seperti anda.

8. SEIRING & SEJALAN
Info dan maklumat yang disediakan adalah selari dengan hasrat KPM dan BPK. Jadi anda tidak perlu gusar tentang kandungan buku ini.

9. BAHASA MUDAH DIFAHAMI
Penulisannya ringkas tidak meleret-leret. Jadi anda mudah untuk fahami dan menyelami apa yang cuba disampaikan penulis.

10. RUANG UNTUK PERKEMBANGAN DIRI & KERJAYA
Kebanyakan ulasan yang diberikan mudah untuk difahami namun tidak terlalu detail. Hal ini sebenarnya membuka ruang untuk anda mengupas isi kandungan dan mendapatkan maklumat lanjut daripada pelbagai sumber. Anda disajikan dengan seminar-seminar yang biasa dianjurkan dengan penulis sebagai penceramah. Jadi anda boleh hadiri seminar beliau atau pergi ke laman web www.cikguhailmi.com  untuk berinteraksi terus dengan beliau. dengan itu, anda boleh mengembangkann kerjaya dengan membina hubungan dengan golongan pakar dan pakar rujuk sepertinya. Bayangkan dengan anugerah-anugerah yang dimenangi oleh beliau di samping kunjugan laman web mencecah 23 juta page views, pasti banyak yang anda boleh pelajari daripada beliau. Pengalaman, pengetahuan dan kepakaran.
Kunjungi: http://www.cikguhailmi.com/





Tahniah cikgu Hailmi dan teruskan menjadi model dan ikon guru PA 21!




Itulah sedikit sebanyak dapatan saya tentang buku ini. Sila dapatkan segera sementara stok masih anda! Dapatkannya dengan menghubungi:
Cikgu Azrul 0195140952



Ikhlas dari www.mudahmengajar.com


Tahukah anda bahawa blog ini telah tercalon untuk Malaysia Website Awards? Undi kami di sini
http://www.mwa.my/2017/sep/mudah-mengajar-2

Facebook Page: fb.me/mudahmengajar
Facebook Cikgu Herry: fb.me/herryansyahku

Buku PA21 Oleh Cikgu Paling Glamer! Buku PA21 Oleh Cikgu Paling Glamer! Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on May 08, 2017 Rating: 5

1 comment:

  1. Hihiii..... nanti Herry boleh promote buku kak ani pulak ya.... terbit lebih awal ( awal tahun 2017) tapi x promosi sangat sebab buat utk rujukan guru2 daerah Kuantan aje pada mulanya... tapi alhamdulillah dah merata juga jelajahnya...😅

    ReplyDelete

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.