Objektif pembelajaran dan Kriteria Kejayaan adalah mukaddimah kepada sesuatu PdPc. Masih ada yang keliru dan beranggapan bahawa kedua-kedua elemen di atas adalah set induksi. Bukan. Set induksi adalah aktiviti yang dibuat untuk merangsang minat murid dan membina semangat ingin tahu. Selalunya sesuatu PdPc dimulakan dengan Set Induksi dan kemudian barulah objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan.
Apakah itu objektif pembelajaran?
Objektif pembelajaran ialah pernyataan yang menerangkan apa yang ingin dan perlu dicapai oleh murid pada akhir pembelajaran. Kemahiran apa, topik apa, dari bahan apa, berapa banyak soalan atau latihan yang akan dinilai sebagai kayu ukur dan bagaimana kemahiran itu dapat dinilai secara zahir.

Apakah itu kriteria kejayaan?
Kriteria kejayaan aialah elemen-elemen kecil daripada objektif pembelajaran.
Kriteria kejayaan aialah elemen-elemen kecil daripada objektif pembelajaran.
Contoh:
Objektif pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, murid boleh menulis 5 ayat majmuk untuk menerangkan gambarajah yang diberi.
Kriteria kejayaan:
1. Murid boleh mengenal jenis kategori dan elemen dalam gambar rajah yang diberi.
2. Murid menguasai jenis-jenis kata majmuk.
3. Murid boleh menulis ayat yang gramatis dan menghasilkan ayat majmuk
(Contoh umum)
Jadi, kritera kejayaan dapat membantu guru membina aktiviti yang bersesuaian untuk memastikan aktiviti pembelajaran yang tersusun. Di samping itu, cikgu dapat melihat pecahan kecil aktiviti dan masukkan pembelajaran pembezaan di mana perlu. Dengan elemen kriteria kejayaan cikgu juga mudah membuat penilaian dan refleksi kelak kerana pencapaian spesifik murid dapat dilihat.
Nak lebih idea dan perkongsian PdPc Abad ke 21? Join Telegram group mudahmengajar:
FOLLOW:
Facebook: https://www.facebook.com/herryansyahku
Instagram: https://www.instagram.com/muhsinmuhsinin/
Facebook: https://www.facebook.com/herryansyahku
Instagram: https://www.instagram.com/muhsinmuhsinin/
0 Ulasan