Pembelajaran Flipped Classroom Dengan Padlet



Padlet adalah satu aplikasi online yang mudah diguna. Penggunaannya kini semakin meluas terutama bagi tujuan pembelajaran kolaboratif dan PLC. Mari kita tinjau apakah keistimewaan menggunakan Padlet.

Apa itu Padlet?
Padlet ni macam noticeboard, macam juga galeri. 'Collaborators' atau penyumbang boleh meletakkan gambar, 'link', video, nota dan pautan. Kemudian hasilnya boleh disimpan dalam pelbagai bentuk.

Siapakah 'collaborators' atau penyumbang itu?
Pertama, perlu ada admin, iaitu cikgu. Cikgu akan bina Padlet ini, pilih gambar latar belakang, tajuk dan 'layout'. 
Kemudian, penyumbang akan dijemput. Ada 2 cara:
A. by email.
B. berikan sahaja link.
Kelebihan menggunakan email ialah untuk setiap sumbangan (post), nama penyumbang akan tertera. Jadi mudah untuk guru mengenal pasti penyumbang bahan. Jika berlaku masalah, boleh juga berikan sahaja link.

Adakah penyumbang boleh mengubahsuai bahan-bahan sumbangan ahli lain?
Ya. Jika guru sebagai admin tidak menghadkan interaksi, maka boleh terjadi bahan sumbangan penyumbang boleh diubahsuai/dipadam oleh penyumbang lain. Guru boleh menentukan had akses samada 'can view only', 'can edit', dan sebagainya.

Siapakan yang boleh menurunkan komen?
Guru dan penyumbang. Penyumbang boleh mengemukakan pendapat sementara guru pula boleh memberikan maklum balas.

Bagaimanakah penilaian dibuat?
Guru meneliti setiap sumbangan dan boleh mentaksir hasil sumbangan murid. Oleh itu, guru mesti jelas terlbih dahulu apakan jenis bahan dan isi yang mesti murid kongsikan sebelum tugasan diberi. Pada bahagian 'Dashboard', guru boleh lihat senarai aktiviti yang berlaku seperti siapakan yang membuat sumbangan dan pada bilakah sumbangan dibuat. Laporan juga boleh didapatkan dalam bentuk Excel.

Apakah bentuk produk yang boleh dihasilkan?
Bentuk produk yang dihasilkan adalah seperti gambar JPEG, pdf dan OCD. Kalau pdf bermaksud jadilah ebook. JPEG pula jadi ala-ala infografik. Menarik bukan. Hasil boleh dicetak dan ditampal pada buku atau fail murid. 

Bagaimanakah aktiviti Padlet ini boleh dikaitkan dengan Flipped Classroom.
Guru boleh berikan tugasan ini sebelum kelas bermula, contohnya sehari sebelum, seminggu sebelum. Kelebihan Padlet ialah murid boleh menghantar bahan daripada smartfon. Semudah hantar gambar, nota, pautan dan sebagainya. 
Bila masuk kelas, hasil sumbangan dipaparkan dan sudah menjadi sumbangan pembelajaran daripada murid. Boleh juga menjadi set induksi yang mana murid berkongsi pengetahuan sedia ada mereka. Kemudian, PdPc berlaku dan murid boleh menambah lagi bahan jika ada. Jadi pembelajaran tetap berlaku dari masa ke semasa. Jika guru hendak menutup Padlet itu agar tidak lagi diubah dan ditambah, akses boleh ditutup.

Ada murid yang meletakkan bahan yang tidak sepatutnya atau tidak relevan. Bagaimanakah hal ini boleh diatasi?
Guru sebagai admin boleh memadam mana-mana sumbangan yang tidak relevan. 

Saya menjalankan PdPc menggunakan Frog VLE. Bagaimanakah saya boleh menggunakan Padlet dalam Frog VLE?
Mudah, hanya perlu dapatkan kod untuk embed pada  bahagian tab 'share'.  

Itulah sedikit sebanyak perkongsian daripada saya. Selamat ber 'padlet' =)

Produk dalam bentuk pdf


sumbangan bahan dalam Padlet

laporan dalam bentuk excel


logo Padlet

Nak lebih idea dan perkongsian PdPc Abad ke 21? Join Telegram group mudahmengajar:    



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. t.kasih di atas perkongsian ttg padlet cg heryan..nak tahu..bgm nak print tu?

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian tentang padlet oleh semua penyumbang.

    BalasPadam