SMARTBOARD: Bukan Sekadar Peralatan ICT


Beberapa sekolah SJKC di Kulai telah pun dilengkapi  dengan kemudahan Smartboard. Kelengkapan sebegini memakan belanja yang besar tetapi banyak memudahkan PdPc guru. Bagaimanapun terdapat cabaran  dan peluang yang perlu diteliti dalam menjalankan PdPc menggunakan kemudahan Smartboard. Ikuti perkongsian saya bersama 2 orang guru yang dibimbing ini, Cikgu Hafiz Al-Azim dan Cikgu Er Pei Ting dari SJKC Senai.


Apakah itu Smartboard?
Satu kelengkapan ICT bersaiz besar yang mempunyai fungsi 'touch screen'. Di samping itu, papan ini boleh di sambung ke internet dan mempunyai fungsi mengeluarkan audio.  Sesetengah sekolah memilih menggunakan smartboard yang dilengkapi dengan bahan buku teks beserta aktiviti-aktiviti interaktif tambahan.



Antara kelebihan smartboard ini:
1. Memudahkan tugas guru menyediakan bahan pembelajaran kerana boleh akses terus ke internet bagi mendapatkan gambar, audio, video, maklumat dan sebagainya.
2. Menyediakan paparan yang besar tanpa perlu menggunakan LCD projector.
3. Murid boleh berinteraksi dan tuliskan jawapan, match, choose terus ke smartboard.
4. Kebanyakan Smartboard dilengkapi dengan alat visualizer (ala-ala scanner) yang boleh paparkan hasil kerja murid. Cikgu boleh tulis nota dan annotate jawapan. 
5. Pada waktu senggang, ketua kelas atau murid yang dilantik boleh paparkan nota atau petikan untuk murid baca sementara guru sampai ke kelas.
6. Tidak perlu risau lagi untuk guru menggunakan/menyediakan terlalu banyak peranti sendiri.

Dalam kelebihan-kelebihan ini, terdapat pelbagai cabaran.

Kadang-kadang ada sesentengah smartboard tidak dapat akses wifi internet kerana lokasi router yang agak jauh. Ada kalanya juga kelajuan internet itu rendah jadi sukar hendak tunjukkan sebarang sumber dari internet (Cikgu Hafiz Al-Azim)

Di sini terdapat beberapa langkah penyelesaian:
1. Sediakan back up plan dengan bahan dalam bentuk maujud. Malah lebih baik. Jika tidak, guru cuba untuk menyediakan hatta sehelai kertas agar PdPc masih berjalan dengan BBM 'last minute' jika kemudahan ICT gagal berfungsi.
2. Cikgu standby untuk 'tether internet' agar boleh akses internet bila ada keperluan.
3. Kuasai bahan-bahan tambahan dalam bahan buku teks yang telah tersedia.
4. Mengolah fungsi smartboard sebagai 'digital ink' dengan sumber pembelajaran menggunakan peranti atau bahan yang lain.

Pembelajaran menjadi bosan kerana paparan di skrin hanya digunakan untuk menunjukkan bahan dan bertanya dengan murid apa yang mereka nampak. Masih student-centered dan murid tidak memberi tumpuan walaupun smartboard itu mempunyai paparan interaktif (Cikgu Er Pei Ting).

Untuk mengatasi isu ini, beberapa pendekatan perlu diambil untuk penglibatan murid aktif.
1. Murid yang akan tentukan apa yang mereka ingin tahu. Oleh itu, guru bertanya kepada murid apa yang tidak mereka tahu, dan guru akan bantu murid akses ke laman-laman tertentu untuk mencari jawapan.
2. Murid mempunyai peluang, menyentuh skrin untuk menaip, memilih, melakar, menulis jawapan di skrin untuk menunjukkan jawapan mereka.
3. Murid yang berbincang dan memilih jawapan, menentukan jawapan dalam paparan visualizer.
4. Beberapa aplikasi boleh di integrasikan ke paparan skrin untuk murid menjalankan aktiviti mengikut keperluan mereka. Contoh Decision Roulette daripada smartphone. 


Itulah sedikit sebanyak perkongsian ringkas daripada saya, Cikgu Hafiz Al Azim dan Cikgu Er Pei Ting. 

Semoga bermanfaat dan terus memperkasakan PAK21 dengan teknologi digital =)

Tahukah anda bahawa blog ini telah tercalon untuk Malaysia Website Awards? Undi kami di sini
http://www.mwa.my/2017/sep/mudah-mengajar-2


Facebook Page: fb.me/mudahmengajar
Facebook Cikgu Herry: fb.me/herryansyahku


Catat Ulasan

0 Ulasan