KONSEP STANDARD 4 SKPMg2


Apakah Standard 4 SKPMg2?
Satu instrumen penilaian PdPc guru yang dibina sebagai tambah baik kepada SKPM 2010. Hal ini selari dengan  gelombang ke-2 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2 (2016-2020).

Peranan Guru dalam PdPc
Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. 

6 Aspek kritikal yang perlu dicapai dalam Standard 4 SKPMg2:
ASPEK 4.1: Guru Sebagai Perancang
Guru bertindak sebagai perancang untuk memastikan kesediaan dan persediaan yang rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

ASPEK 4.2: Guru Sebagai Pengawal
Guru bertindak sebagai pengawal pelaksanaan PdPc untuk memastikan kelancaran proses pembelajaran mengikut perancangan.

ASPEK 4.3 Guru Sebagai Pembimbing
Guru bertindak sebagai pembimbing untuk membolehkan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan mengamalkan nilai berdasarkan objektif pelajaran.

ASPEK 4.4 Guru Sebagai Pendorong
Guru bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran.

ASPEK 4.5: Guru Sebagai Penilai
Guru berperanan sebagai penilai untuk mengesan tahap penguasaan murid.

ASPEK 4.6: Murid Sebagai Pembelajar Aktif
Murid bertindak sebagai pembelajar aktif untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengamalkan nilai positif.

Ringkasnya 5 peranan guru + 1 peranan murid.

Berikut ialah tindakan guru untuk mencapai aspek kritikal tersebut:




Untuk mendapat markah yang tinggi, pastikan semua aspek penilaian tersebut dikuasai dengan berpandukan rubrik standard 4 SKPMg2. Muat Turun di sini: RUBRIK S4 SKPMg2

Rumusan:
1. Fahami aspek kritikal Standard 4 SKPMg2.
2. Lakukan tindakan sewajarnya.
3. Kuasai permarkahan mengikut rubrik.

SUMBER: JNJK

Jom join perbincangan dan lebih idea PdPc (Group Telegram):
t.me/mudahmengajar
Like Mudah Mengajar Facebook Page:
fb.me/mudahmengajar


KONSEP STANDARD 4 SKPMg2 KONSEP STANDARD 4 SKPMg2 Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on June 10, 2017 Rating: 5

1 comment:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.