Pengalaman Menyelia dan Membimbing Guru



Ok kali ni saya post bukan pasal aktiviti, apps atau teknik mengajar. Ingin saya kongsikan coretan pengalaman saya sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+). Tahun ini adalah tahun ke 4 saya menjalankan tugas yang mencabar ini. Bermacam ragam yang sudah saya temui. Rata-rata nya alhamdulillah positif di akhirnya. Saya bukan nak bercerita apa saya buat, apa projek yang telah dilakukan tetapi lebih kepada dapatan saya apa yang berlaku dalam bilik darjah serta cabaran-cabaran guru. Mungkin ada beberapa perkara yang sama dialami oleh cikgu-cikgu sekalian. Dan, apa pula penyelesainnya.

Bilakah tugas ini bermula?
Saya bermula pada tahun 2014. Setelah 5 tahun mengajar, saya ditawarkan untuk menyandang jawatan ini. Reaksi saya? of course terkejut sebab ini bukan sebarang tugas. Nak membimbing guru. Fuh, mmg berpeluh...huhu

Apakah 'nature' tugas ini?
Tugas ini memerlukan saya membimbing guru sehingga PdPc yang dijalankan mencapai objektif, guru mengenal kekuatan dan kekurangan serta bertindak atas analisis tersebut. Selain itu saya bertindak sebagai pakar rujuk untuk menjadi sokongan kepada guru yang dibimbing. Coaching & Mentoring.

Apakah yang dimaksudkan dengan Coaching & Mentoring?
Coaching ialah satu proses melatih guru dengan ilmu dan teknik-teknik PdPc PA21 serta memupuk ketekalan guru sehingga menghasilkan keputusan pencapaian murid yang disasarkan. Mentoring pula bermaksud membimbing guru dengan ilmu-ilmu penting berdasarkan pengalaman. Bagaimanapun, pada kebanyakan masa, skop tugas ini lebih untuk apa yang berlaku semasa PdPc dalam kelas, dari segi pedagogi.  

Berapa ramaikah guru yang terlibat?
Selama 3 tahun pertama, lebih 100 orang guru telah dibimbing dan hanya 27 pada tahun ini. 


Apakah reaksi guru tentang bimbingan ini?
Alhamdulillah setakat ini memuaskan. Tidak dinafikan ada yang negatif (kebanyakan pada permulaannya). Walaupun begitu hampir kesemuanya positif dan menerima baik bimbingan. Malah ada yang masih meminta untuk terus dibimbing walaupun tidak secara rasmi. 

Berapa ramaikah guru betul-betul mencapai kategori guru cemerlang pdpc PA21?
Untuk daerah Kulai, kami memanggil mereka sebagai Rakan Pedagogi Abad ke 21. Alhamdulillah daripada 100 lebih orang guru, hanya 8 ornag diteruskan bimbingan itupun daripada tahun lepas (2016) dan disebabkan oleh jumlah bimbingan minima 3 kali yang belum dicapai atas kekangan masa. 


Apakah contoh-contoh amalan guru yang patut dicontohi sepanjang penyeliaan dan bimbingan?
Kebanyakan daripada guru memang memberi perhatian dengan baik. Sepanjang sesi, fail disediakan dan mereka rekodkan sebarang bentuk maklumat, edaran dan nota ke dalam fail tersebut. Ada juga beberapa kumpulan guru memohon untuk aktiviti PLC. Di samping itu, ada yang terus berkongsi amalan-amalan terbaik mereka di luar tempoh penyeliaan dan bimbingan. Sesetengah team guru bantu-membantu rakan untuk menyemak RPH, menyediakan sumber serta berkongsi edaran penilaian. Hal ini sangat membantu guru untuk mempamerkan yang terbaik semasa lawatan kelas dijalankan.



Adakah guru perlu sempurna dalam PdPc sepanjang masa?
Sempurna itu satu hal dan sepanjang masa tu pun satu hal lagi. Guru tidak perlu sempurna tetapi mencuba yang terbaik. Apabila kelemahan dikenalpasti itu bukan bermkana guru tidak bagus atau tidak layak mengajar. Hal ini cumalah kerana aktiviti yang dipilih tidak berkesan atau sesuai kepada murid. Siapa boleh jangka yang kita pilih itu tepat? Oleh itu, guru tidak perlu risau jika sesuatu aktiviti tidak menjadi. Yang penting apakah refleksi guru untuk memperbaiki PdPc tadi. Sepanjang masa itu memang sangat diharapkan tetapi semua orang pun adalah manusia biasa. Apa yang penting ialah bagaimana guru kreatif mengolah sesuatu PdPc apabila bahan sumber tiada serta ruang dan suasana yang terhad. 

Secara umumnya, apakah aspek dalam PdPc yang sukar dicapai oleh guru?
Tidak lain tidak bukan, kawalan kelas. Ramai guru menghadapi cabaran ini dan adakalanya memerlukan bantuan skongan daripada pihak luar. Namun begitu, untuk dalam skop kawalan kelas dalam PdPc itu sendiri ada guru yang masih belum cakna tentang pelbagai teknik mengawal kelas. Ada juga yang sudah mencuba beberapa teknik tetapi masih belum berjaya. Di situlah peranan saya iaitu untuk menganalisis apakah dapatan daripada pemerhatian ini, serta berbincang dengan guru untuk mengenal punca dan seterusnya menentukan langkah penambahbaikan. Kawalan kelas yang baik sememangnya menjadi nyawa kepada PdPc. Jika murid bising, tidak terkawal, bagaimana PdPc nak dijalankan dengan lancar. 
Dari aspek pedagogi pula, kadang-kadang guru keliru dengan penulisan objektif pembelajaran yang betul dan spesifik. Ini bukanlah satu kelemahan yang teruk. Bukan mudah untuk menulis objektif pembelajaran yang baik kerana kefahaman dan ilmu guru itu sendiri tentang standard pembelajaran. Ada juga yang sememangnya bukan opsyen. Jadi, hal ini menjadi cabaran untuk guru.
Oleh itu, guru-guru dibimbing dengan teknik tertentu untuk membantu mereka menulis objektif dengan teratur dan tepat.


Bagaimanakah guru dapat menambah baik mutu PdPc mereka sepanjang penyeliaan dan bimbingan?
Selain daripada lawatan bimbingan, guru-guru ini berkongsi maklumat dan amalan terbaik melalui Whatsapp group dan Telegram. Saya juga akan memuat naik gambar atau video rakan-rakan guru yang boleh dijadikan contoh.

Apakah pula aspek PdPc yang agak mudah dicapai oleh guru?
Alhamdulillah kebanyakan guru memang mempunyai komunikasi yang baik. Mereka mampu menyampaikan PdPc dengan bahasa yang mudah, suara yang kuat serta berbicara dengan murid. Sesetangah pihak mengaitkan komunikasi yang baik adalah termasuk teknik penyoalan yang baik. Saya tidak bersetuju dengan perkara ini kerana bagi saya komunikasi itulah satu penyampaian bahasa yang diolah oleh guru untuk menyampaikan maksud sementara teknik penyoalan lebih kepada pemikiran tentang aras soalan. Walaupun ada korelasi tetapi membawa 2 kemahiran besar yang berbeza. 

Apakah contoh-contoh amalan terbaik Pdpc yang pernah dilihat?
Ada guru yang mencipta permainan bahasa sendiri. Permainan ini menggunakan konsep 'gamefication in elarning'. Murid sendiri yang menentukan nilai markah dan ganjaran yang ditawarkan. Ada juga yang berkongsikan laman-laman web yang dilayari untuk mendapatkan bahan edaran yang menarik. 

Bagaimanakah perkongsian mereka dimanfaatkan?
Segala amalan-amalan baik PdPc dan bahan daripada guru-guru ini dikongsikan juga melalui blog saya iaitu www.mudahmengajar.com. Group Telegram t.me/mudahmengajar pula diwujudkan sebagai medium untuk berbincangan dengan kaedah pengajaran PdPc yang terkini.

Apakah saranan kepada guru-guru untuk memantapkan ilmu pedagogi dan amalan PA21?
Saranan saya ialah buat perkongsian. Lagi banyak kita berkongsi, lagi banyak yang kita belajar. Cikgu-cikgu boleh muat naik gambar, video ataupun apa saja tentang PdPc dan insha-Allah ada guru lain yang boleh mendapat manfaatnya. Guru-guru boleh berkongsi Facebook, Instagram, YouTube, Telegram dan sebagainya. Positive vibes will bring positive outcomes. Melalui perkongsian sebegitu juga, guru-guru boleh mendapat pengiktiran tertentu. Bagi guru yang menghadapi sebarang kesukaran dalam menjalankan PdPc pula, boleh bertanyakan soalan dan inshaAllah ramai lagi guru yang boleh bantu anda dari segi idea dan sumber. You'are not alone. Akhir sekali, manfaatkan teknologi. Jimat masa, tenaga dan bahan.


Di manakah peranan www.mudahmengajar.com dalam penyeliaan dan bimbingan ini?
Lawan blog / web saya ini asalnya bertujuan untuk menjadi rujukan kepada guru-guru saya. Setelah menerima maklumbalas yang positif, sayapnya dilebarkan kepada umum dan semua guru boleh mengakses maklumat di dalamnya. Antara cabaran guru dalam mendapatkan ilmu ialah memilih sumber web yang betul dan ada sesetengahnya tidak relevan dengan situasi bilik darjah di Malaysia. Sesetengah guru ada kekangan dari segi bahasa. Oleh itu, berbekalkan dengan penguasaan dalam bahasa Inggeris, latihan serta pengalaman saya membuat pemerhatian, dapatlah saya kongsikan beberapa info atau maklumat yang mungkin diperlukan oleh guru. Saya amat berharap perkongsian ini membantu dan boleh dirujuk oleh guru. Lebih daripada itu, group Telegram juga diwujudkan untuk merancakkan komunikasi dan perkongsian guru dari seluruh pelosok negara. Maka cikgu jadi lebih positif dan semua orang berusaha menjayakan amalan PdPc PA21 yang berkesan. InshaAllah.

Apakah kata-kata nasihat atau saranan kepada pembaca www.mudahmengajar.com?
Kepada semua pembaca blog saya, tuntutlah ilmu. Kini ada banyak ruang dan peluang untuk mendapatkan maklumat di hujung jari. Kita juga adalah apa yang kita baca. Jika kita baca PA21, itulah yang kita dapat. Jika kita baca gosip, gosip jugalah yang kita dapat. Di samping itu, jadilah pembaca yang perihatin. Ada ramai yang berkongsi info dan maklumat secara percuma tanpa meminta bayaran. Jadi hormatilah mereka, berikan kata-kata semangat dan share atau viralkan perkara-perkara yang baik. Perlu juga ada mutual sharing. Kadang-kadang ada yang masuk group dan tiba-tiba menulis mesej, "Sesiapa yang ada bahan PAK21, sila emailkan kepada saya di.......@..com ,terima kasih." Secara logiknya siapalah yang akan nak menghadap laptop dan godek semua bahan dan email kepada orang yang tidak dikenali atau tidak pernah berkongsi? Jadilah pembaca yang bijak. Kalau mahu orang kongsikan, kita kena berkongsi dahulu. Soalan juga mencerminkan apakah nilai ilmu kita? Contohnya. "Macam mana nak apply PA21 dalam subjek Ekonomi?". Untuk jawapan soalan ini silap haribulan boleh buat buku berjilid. Memanglah kadang-kadang hanya jawapan ringkas perlu dibuat tetapi pening juga orang memikirkan jawapan sebab tak tahu konteks soalan. Untuk tajuk apa, kemahiran apa? be specific, hargai masa orang yang membaca soalan anda. Teruskan berkongsi dan menuntut ilmu.





Terima kasih,
Ikhlas daripada saya,
SISC+ HERRYAN
PPD Kulai
selaku Admin
www.mudahmengajar.com



Pengalaman Menyelia dan Membimbing Guru Pengalaman Menyelia dan Membimbing Guru Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on June 08, 2017 Rating: 5

3 comments:

  1. Tahniah... apa yg cikgu kongsikan sgt berguna untuk saya sebagai pendidik. Semoga cg dpt teruskan usaha murni ini demi dunia pendidikan

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...saya baru terjumpa blog ini.Tahniah Cikgu Herryan Syah Tupan.Sangat bermanfaat.Izinkan saya baca dan mengikuti blog cikgu sebagai sumber inspirasi dalam mencari idea bagi tajuk tesis saya.

    ReplyDelete

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.