Soalan KBAT/HOTS Dalam PdPc


Setelah memahami apa itu KBAT dan keperluannya kepada murid dalam pendidikan, mari kita lihat pula  KBAT dalam PdPc guru.

Ciri-ciri soalan KBAT yang berkesan (Arthur L.Costa and Bena Kallick, 2000)
1. Bermatlamat
2. Dinyatakan dengan jelas
3. Ringkas
4. Memprovokasi pemikiran
5. Menyoal siasat
6. Skop terhad
7. Disesuaikan dengan tahap murid 

Tujuan penyoalan dibuat:
1. Mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid.

2. Menilai penguasan murid terhadap sesuatu kandungan.
3. Mentaksir perkembangan murid.
4. Menyusun struktur pembelajaran murid.
5. Menyemak isi kandungan mengikut konteks.
6. Untuk murid menilai diri sendiri.
7. Refleksi penyampaian guru.
8. Melahirkan pemikiran kritis dan kreatif.
9. Membina sokongan pembelajaran kendiri murid.

10. Membina daya saing murid.

Cara menyoal yang baik
1. Soalan jelas.

2. Berlaku pengubasuaian untuk memberi lebih kefahaman kepada maksud soalan.
3. Menyoal untuk mebantu bukan menghukum murid.
4. Tempoh masa menjawab yang mencukupi.
5. Beri sokongan kata kunci jika perlu.
6. Struktor soalan teratur mengikut 6 aras soalan Anderson; Bloom's taxonomy revised edition.
7. Konteks soalan yang boleh dikaitkan dengan situasi atau pengetahuan murid.
8. Berikan analogi jika perlu.
9. Soalan sesuai dengan aras murid, atau mengikut homogenous grouping murid.
10. Elakkan soalan ya atau tidak. Jika perlu juga, susuli dengan soalan berespon panjang.
11. Amalkan 3 teknik ini: reinforcement (peneguhan), probing (provokasi) dan adjust/refocus (ubahsuai/fokus semula). 


Adalah disarankan murid abad ke 21 berupaya menyoal dalam PdPc selaras dengan rubrik 4.6: Penglibatan murid aktif.
Cara merangsang murid menyoal:
1. Bahan rangsangan atau sumber pembelajaran yang baik.

2. Bertanya apa yang murid ingin tahu daripada topik dipelajari.
3. Jual beli soalan.
4. Provokasi terhadap bahan sumber atau kenyataan.
5. Gunakan peta pemikiran jadi murid tahu menyusun 'ingin tahu' mereka.
6. Biasakan mereka mengenalpasti maklumat berdasarkan '5W1H". Latih murid menganalisa maklumat daripada petikan atau artikel.
7. Beri ganjaran. 

Strategi aktiviti KBAT:
1. Soalan KBAT

2. Aktiviti koperatif
3. Peta i-Think
4. Pembentangan
5. Parking Lot/Exit Ticket

Cadangan aktiviti KBAT dalam mata pelajaran:
Contoh untuk subjek Bahasa Inggeris sekolah rendah.
Muat Turun borang panduan membina soalan KBAT dalam PdPc di sini: BORANG SOALAN KBAT
 Sumber carta: BPK


Jom join perbincangan dan lebih idea PdPc (Group Telegram):
t.me/mudahmengajar

Like Mudah Mengajar Facebook Page:
fb.me/mudahmengajar


Soalan KBAT/HOTS Dalam PdPc Soalan KBAT/HOTS Dalam PdPc Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on June 09, 2017 Rating: 5

1 comment:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.