Penilaian Lisan


Penilaian Lisan
Ramai tertanya-tanya adakah penilaian lisan ini penting?Adakah ia perlu dibuat dengan berstruktur? Adakah ia dikira sebagai penilaian atau sekadar rangsangan minda? Di sini saya beri kupasannya.

Bilakah penilaian lisan dibuat?
1. Dari masa ke semasa. Penilaian dibuat untuk menilai kefahaman murid dan merangsang pemikiran mereka selepas setiap aktiviti. Hal ini juga termasuk semasa set induksi.
2. Pada penghujung pembelajaran. Yang kebiasaannya ialah dalam bentuk kuiz, teka teki dan soal jawab.

Apakah fungsi penilaian lisan?
1. Sebagai rangsangan minda
Penilaian lisan digunakan untuk merangsang minda murid.  Walaupun secara zahir ia bukanlah bentuk penilaian yang disasarkan untuk mencapai objektif namun, ia mendorong murid untuk dapat memberi jawapan kepada penilaian yang dibuat. Oleh sebab ia dikira sebagai bentuk rangsangan, maka rangsangan yang baik perlu disusun rapi. Cara yang terbaik untuk melatih diri dengan kemahiran dan teknik penyoalan berkesan ialah dengan menuliskan terlebih dahulu soalan yang ingin diajukan.

2. Sebagai bentuk penilaian
Dalam SKPMg2, jika penilaian lisan adalah penilaian utama, maka ia harus mengandungi aspek-aspek berikut:
  •  menunjukkan penilaian untuk pelbagai kemampuan dan aras murid (differentiated learning).
  •  menunjukkan pemeringkatan dalam tahap kesukaran soalan selari dengan elemen KBAT dan Hots.
 Tips-tips untuk penyoalan KBAT dan HOTS
1. Fahami Taksonomi Bloom (revised edition).
2. Buat rangka soalan.
3, Mengenal pasti murid-murid yang akan disoal.
4. Bersedia dengan bahan-bahan rangsangan atau BBm untuk membimbing murid.

Antara beberapa tips penyoalan berkesan ialah:
1. Soalan difahami. Ringkas dan tepat.
2. Boleh diubah suai sehingga murid faham maksud soalan.
3. Mengikut pemeringkatan yang betul.

Apakah tools untuk memastikan semua murid telah dinilai dan tiada yang tertinggal?
1. Gunakan checklist nama.
2. Gunakan popsicle sticks sehingga semua nama telah dikeluarkan.
3. Pelbagaikan strategi, ada soalan individu, jawapan berkumpulan, jawapan berpasangan dan sebagainya.
4. Rekod respon murid dicatatkan atau diambil perhatian.

Untuk lebih perkongsian, join: t.me/mudahmengajar
Nak join group KBAT dan HOTS: t.me/kbathots
Nak terima update mudah mengajar: fb.me/mudahmengajar

Catat Ulasan

0 Ulasan