Persediaan Sebelum Masuk Ke Kelas


PdPc yang baik adalah PdPc yang terancang. Oleh itu, mari kita sama-sama pastikan PdPc kita sentiasa bersedia dengan persiapan yang perlu. Di sini saya kongsikan beberapa tips.

1. Simpan RPH dan RPT dalam satu folder. Sebaiknya dalam hp sebab mudah akses. Bila nak buat RPT senang nak cari, just gunakan 'search function'. In between classess pun cikgu sempat nak buat RPT keesokan hari. Lebih baik kalau ada RPT DIY.

2. Download gambar dan bahan dalam phone.  Jika ada tablet lg baik. Paparan lebih besar Jika internet down atau tiada akses internet, setidaknya sudah ada bahan offline. Boleh tunjuk sahaja kepada murid.

3. Download youtube videos siap-siap. Bagaimana? App Youtube ada fungsi download video. Setelah download boleh tengok dekat 'library'. Bagaimanapun ada sesetengah video komersil tidak boleh dimuat turun. Pilihan lain, gunakan 'Download Flash & Video Firefox/Chrome' extension.







4. Aktiviti penggayaan / enrichment activities. Aktiviti sebegini penting agar masa dapat digunakan dengan sebaiknya. Antara aktiviti penggayaan ialah mini quiz, hang man game, crossword puzzle, 2 truths and a lie., charades, pirate pop dan sebagainya.

5. Ganjaran. Pastikan anda sentiasa bersedia dengan ganjaran. Bagi murid sekolah rendah, kebiasaanya ganjaran berbentuk sticker adalah paling mudah disediakan. Boleh masuk dalam 'pencil case' lagi pun. Ataupun cop khas 'limited edition'. Contoh, 'cemerlang', 'berdisplin', 'baik' dan lain-lain lagi. Jika yang menengah, boleh beri mereka peluang untuk ambil gambar plg kreatif dalam bentuk selfie atau wefie dan kemudian upload dalam padlet.

6. Kertas kosong sekurang-kurangnya 10 helai. Ini ialah pelan kecemasan. Antara kegunaan kertas kosong ini. 
  • Cikgu boleh lukis gambar sebagai bahan bantu mengajar (versi last minute/mengejut).
  • Beri kepada murid yang tidak bawa buku tulis atau latihan. Mereka boleh siapkan tugasan pada kertas itu dan dihantar kepada guru. Bagaimanapun, hal ini tidak digalakkan. Namun jika perlu, anda harus bersedia dengan langkah-langkah tertentu pastikan murid tidak dimanjakan dengan semua bahan guru yang beri.
  • Aktiviti tambahan kepada murid sebagai aktiviti penggayaan.
  • Untuk 'gallery walk' versi mini.
7. Speaker mini. Jika ada bahan audio, video telah dimuat turun, ia pasti membantu murid mendengar bahan yang disediakan. Pilih yang bersaiz kecil pun ok. Yang bluetooth pun ada.

8.  Bahan sumber dalam kelas. Pastikan ada bahan bacaan tambahan, crossword puzzle, jigsaw puzzle..Apa-apa sahaja yang boleh jadi time-filler. 

Anda ada tips lain, kongsikan dengan kami =)

Persediaan Sebelum Masuk Ke Kelas Persediaan Sebelum Masuk Ke Kelas Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on July 04, 2017 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.