Tiada Lagi Salin Nota Panjang & Hasilkan Nota Menarik


Mengajar subjek Sejarah? Banyak melibatkan nota? 
Berikut cara ringkas untuk menjimatkan masa menyalin nota dalam kelas.
1. Beri handout ringkas dalam bentuk peta minda. Antaranya garisan masa, peta alir dan peta bulatan. Masa PdPc diisi dengan perbincangan maklumat. Murid baca teks dari rumah.

2. Bazir kertas? Beri dalam bentuk digital. Nota digital. Flipped classroom. Sediakan gambar, peta minda, infografik, video atau gambar rajah.

3. Tak sempat atau tiada internet? Sediakan bahan rujukan dalam kelas, murid cari nota dari sekitar kelas dan buat aktiviti pembentangan hasil dapatan dlm kelas.

4. Maklumat ringkas sangat! Masih perlukan nota padat?Muat turun aplikasi nota sejarah dari play store. Antaranya yg telah dihasikan oleh Cikgu Fadzil. Murid mostly ada smartphone kan... Jadi mereka boleh rujuk nota penuh.

5. Lain? Snap semua hasil pembentangan, simpan dalam galeri gmbr atau upload dalam group fb. Bahagikan ikut tajuk. Murid boleh rujuk kembali hasil pembentangan.

5 Cara penghasilan nota untuk rujukan, penggunaan dalam kelas dan ulangkaji:
1. Facebook Group. Semua murid join. Masukkan semua hasil pembentangan (gambar) ataupun fail-fail nota padat. Untuk gambar, pastikan buat album mengikut topik.


3. Buat kuiz Quizizz. Kemudian susun mengikut topik dan berikan link kepada murid. Murid boleh akses kuiz pada bila-bila masa dalam smartphone mereka. Berkali-kali jawab soalan nanti murid dapat hafal isi penting. Itu sudah dianggap persembahan nota/maklumat penting.

4. Cari animasi atau video daripada Youtube. Jika ada kemahiran, boleh buat sendiri melalui Toontastic atau PowToon. Cikgu Aman terer bab ni.

5. Tak pandai tapi ada bajet sikit? Upah je orang yang pandai buat atau sign up kat Fiver.com. Kat situ, kos satu video cuma $5 atau RM 21.50. Paling hipster dan murid suka ketika ini ialah 'whiteboard video'.
Lain-lain: Cubing and Think Dots, Aurasma, Zappar, Running Dictation dan beratus cara lagi.

Harap membantu. InshaAllah =)

Tahukah anda bahawa blog ini telah tercalon untuk Malaysia Website Awards? Undi kami di sini
http://www.mwa.my/2017/sep/mudah-mengajar-2

Facebook Page: fb.me/mudahmengajar
Facebook Cikgu Herry: fb.me/herryansyahku


Tiada Lagi Salin Nota Panjang & Hasilkan Nota Menarik Tiada Lagi Salin Nota Panjang & Hasilkan Nota Menarik Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on July 07, 2017 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.