TRENDING APPS (Edisi JULAI 2017)




1. Canva.com
Buat poster, logo, label dan kolaj yang menarik dengan Canva.com. Kebanyakan template adalah free. Navigasi juga mudah dan anda boleh memilih pelbagai bentuk tulisan, garisan, gambar rajah serta ilustrasi yang menarik. Ini contoh beberapa item yang saya bina menggunakan canva.com. Anda juga boleh buat sijil menarik. Layari: https://www.canva.com/





2. QR Talk
Aplikasi ini telah direka oleh Cikgu Sahrul Rashid dari SMK Mount Austin, JB. Ia berfungsi untuk scan sesuatu QR code dan app ini akan membacanya dengan suara. Selain itu, anda boleh juga menaip text tertentu. Dalam PdPc, anda boleh menyalin text-text mudah dan simpan. Kemudian pilih text tertentu dan text akan bacakan. Untuk lebih idea, join t.me/mudahmengajar. Aplikasi ini ringan dan sangat mudah digunakan. Download.

3. Kiddle.co
Kiddle.co adalah satu enjin carian yang  sangat memudahkan untuk anak murid dan juga anak-anak. Kebanyakkan hasil carian datang dengan logo atau preview. Hasil carian juga berorientasikan kanak-kanak. Enjin carian ini telah filter hanya yang bersesuaian untuk kanak-kanak. Walaupun reka bentuknya kelihatan seakan-akan enjin carian Google, namun ia bukanlah produk Google. Produk ini hanya mengaplikasikan keistimewaan Google Filter dan Custom Search. Layari: http://www.kiddle.co/



4.  Seating Card. Nak reka label meja yang menarik. Nak buat station based activities? Atau nak buat simulasi makan ikut meja di restoran?Atau simulasi gerai jualan. Seating Card boleh membantu anda membuat label meja yang menarik dan cantik. Malah layout juga ada dan anda tidak perlu setting secara manual. Layari: http://www.seatingcard.com/ 



5. Snipping Tools 
Tahukah anda bahawa Windows anda (dari Windows 7 hingga Windows 10) sudah ada aplikasi Snipping Tool untuk screenshot?Ia berfungsi untuk screenshot screen anda dengan mudah. Anda juga boleh set timer agak ia mengambil gambar secara automatik. Malah anda juga boleh tinggalkan anotasi atau nota pada gambar tersebut. Tidak perlu lagi aplikasi tambahan. 



6. Youtube Download Button
Aplikasi Youtube dalam smartphone anda ada fungsi ini. Tidak perlu apps lain. Hit download button dan simpan video dalam galeri. Boleh tonton secara offline.
7. EPSA. Mahu kursus percuma dan mempelajari pelbagai ilmu baru, layari: http://www.epsa.gov.my/


Anda ada aplikasi menarik untuk dikongsikan dengan kami. Share di ruangan komen 👇.

Join group Telegram: t.me/mudahmengajar
Facebook Page: fb.me/mudahmengajar
Telegram KBAT/HOTS: t.me/kbathots

 
TRENDING APPS (Edisi JULAI 2017) TRENDING APPS (Edisi JULAI 2017) Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on July 04, 2017 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.