Aktiviti ringkas dan permainan Dalam Kelas




Ada banyak aktiviti ringkas yang mudah untuk dijalankan di dalam kelas. Ada yang dibuat untuk ulangkaji, set induksi, peneguhan dan bermacam lagi. Antaranya ialah:

1. Kotak misteri
Masukkan satu objek dalam kotak. Dua orang murid dipanggil ke hadapan. Seorang memegang objek tersebut tanpa melihatnya dan menerangkan ciri-ciri objek tersebut dengan menggunakan adjektif. Seorang pula menuliskan di papan putih perkataan-perkataan yang disebutkan. Kemudian semua murid cuba meneka objek tersebut.

2. Pen Magik
Satu pen magik disediakan. Seorang yang memegang pen magik perlu memulakan ayat pertama dan kemudian pen diserahkan pula kepada orang di sebelah. Orang seterusnya perlu menyambung cerita itu dengan sepotong ayat sahaja. Orang lain yang tidak memegang pen ini tidak boleh bercakap. Guru boleh meminta mana-mana giliran untuk ditamatkan dan murid tersebut perlu membuat ayat terakhir bagi cerita ini. 

3. Shape Me
Seorang murid melihat satu lukisan pelik dan beserta nombor atau perkataan. Kemudian. murid itu menerangkan kepada murid lain dan murid lain akan lukiskan. Kemudian hasil lukisan mereka dilihat dan yang paling hampir sama bentuknya akan dikira pemenang dan mengambil giliran pula untuk menerangkan lukisan seterusnya.


4. Now who's the teacher?
Guru tentukan satu hari dalam minggu ini untuk satu kumpulan buat  pembentangan. Jadi semua murid akan menumpukan perhatian dan akan buat pembentangan.

5. Do the conga
Cikgu soal murid jawab. Contoh:
G: 2 + 1 =

M: 3!
Kemudian murid pula ambil peranan menanyakan soalan.

6. Shoot Out
Dalam kumpulan, murid akan melontar bola kertas kepada rakan dan rakan yang kena perlu menjawab. Kumpulan terbaik ialah kumpulan yang paling awal menghabiskan set soalan.

7. My say, your say..
Secara berpasangan, ahli kumpulan akan akan menyebutkan satu nombor atau perkataan dan seorang lagi akan sebutkan nombor atau perkataan lain. Guru tetapkan kategori nombor atau perkataan. Murid akan berhenti apabila cikgu meniup wisel.

8. Jeopardy
Cikgu sediakan 2 kad berpasangan merah dan hijau ataupun apa-apa dua kad berwarna. Kedua-dua kad ada nombor yang sama. Jika ada 30 orang murid bermakna 15 pasangan. Cikgu panggil satu nombor dan 2 murid berlainan warna dengan nombor yang sama pergi ke hadapan dan akan menuliskan jawapan. Cikgu beri soalan dan murid terpantas menjawab soalan dengan tepat akan mendapat markah. Jadi ada 2 kumpulan markah iaitu merah dan hijau. Kemudian pasangan seterusnya dipanggil sehingga semua pasangan selesai. Guru mencampurkan markah-markah murid secara akumulatif. 

Nak lebih penjelasan?

Tahukah anda bahawa blog ini telah tercalon untuk Malaysia Website Awards? Undi kami di sini
http://www.mwa.my/2017/sep/mudah-mengajar-2

Facebook Page: fb.me/mudahmengajar
Facebook Cikgu Herry: fb.me/herryansyahku


Aktiviti ringkas dan permainan Dalam Kelas Aktiviti ringkas dan permainan Dalam Kelas Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on August 22, 2017 Rating: 5

2 comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.