Aplikasi Mengurus PdPc


Banyak aplikasi yang dapat membantu guru untuk mengajar. Daripada persediaan kepada pengurusan dan pembelajaran, aplikasi atas talian dan telefon pintar dapat memenuhi keperluan-keperluan ini. Mudah Mengajar kongsikan beberapa aplikasi tersebut.



1. Google Keep adalah satu aplikasi Google untuk mencatat nota ringkas. Antara kegunaan lainnya adalah:
  • pelan ringkas turutan dalam PdPc
  • senarai semak perkara yang mesti ada dalam pdpc
  • senarai semak murid
  • peta minda
  • gambar dan catatan nota
  • menyimpan alamat email dan password
  • kolaborasi senarai semak atau nota sesama murid
  • web clipping atau mengambil nota penting daripada laman web.

2. Google Form adalah satu aplikasi borang yang terkenal dengan fungsinya untuk membuat kaji selidik. Cikgu-cikgu juga boleh:
  • membuat kaji selidik minat dan pendapat murid tentang sesuatu
  • sebagai prapdpc di mana murid menyatakan pemahaman dan tanggapan mereka terhadap tajuk yang akan dipelajari
  • mengumpul data murid
  • sebagai exit-ticket iaitu murid menyatakan tahap kefahaman mereka setelah selesai PdPc
  • kuiz 
  • kerjarumah beserta link dan nota untuk rujukan
  • sumbangsaran murid yang membuat set soalan (pembelajaran kendiri dan KBAT aras 6: mencipta)
  • membuat grouping berdasarkan tahap atau aras murid
  •  

3. Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang dibina secara percuma untuk guru-guru. Tahukah anda Frog VLE boleh:
  • memberikan tugasan kepada murid untuk dijawab melalui peranti mereka (literasi digital)
  • murid menyumbang bahan melalui pencarian di laman web (literasi digital)
  • membantu guru untuk memberikan kerja rumah kepada murid dan murid dapat hantar dalam satu medium yang terurus.
  • jadi one stop center untuk pengurusan bahan pdpc dan tugasan murid
  • membantu mewujudkan komunikasi pembelajaran sesama murid di mana sahaja.
  • menjadi one stop center persembahan bahan bbm cikgu dengan pembinaan laman web (fitur khas) 
 
 
4. Google Classroom juga merupakan platform khas untuk pengurusan pembelajaran sebelum, semasa dan selepas PdPc. Dengannya, cikgu-cikgu boleh:
  • beri tugasan kepada murid
  • menyemak samada murid sudah menyiapkan tugasan atau belum
  • membuat review dan semakan kerja murid
  • memberi markah/gred kepada tugasan murid
  • membuat satu ruang untuk tugasan murid dengan rujukan kepada pautan, Youtube, bahan daripada Google Drive serta bermacam-macam lagi.
  • menggalakkan murid untuk bersama-sama mengedit dokumen secara real time collboration.
  • merangsang murid untuk memberi komen atau terhadap hasil kerja murid lain menerapkan elemen pemikiran kritis. 

5. CamScanner adalah aplikasi pengimbas dokumen bercetak untuk ditukarkan kepada versi digital. Dengan aplikasi ini, cikgu-cikgu dapat:
  • membuat ebook daripada imbasan nota-nota penting
  • menyimpan rekod koleksi jawapan-jawapan/skrip terbaik murid untuk dirujuk kemudian
  • memberi contoh-contoh skema pemarkahan
  • koleksi nota-nota atau bahan bacaan murid yang digabungkan untuk sesuatu topik

6. Google Drive adalah servis cloud storage untuk cikgu-cikgu simpan bahan di internet. Antara kelebihan Google Drive ialah?
  • menyimpan bahan-bahan bbm pdpc di internet dan selamat
  • mudah akses dan semak kembali koleksi bahan media
  • integrasi mudah dengan pelbagai platfom pembelajaran maya seperti blendspace, google classroom dan Frog VLE.
  • mudah untuk muat naik bahan dengan menetapkan folder dalam pc yang akan dimuatnaik secara automatik
  • semua bahan yang dimuat naik melalui laman web google drive turut mempunyai sesalinan offline dalam pc atau telefon pintar
  • satu ruang kolaborasi bahan rujukan pdpc sesama murid dan guru, juga sebagai PLC sesama guru matapelajaran.

    Nak lebih kefahaman dan perbincangan?
    Sertai kami dan ribuan guru di t.me/mudahmengajar

Catat Ulasan

2 Ulasan