BUAT KUIZ DARI HANDPHONE DENGAN GOOGLE FORM

Kita sudah belajar pelbagai aplikasi kuiz online. Kahoot, Quizizz dan Google Form Quiz. Setakat ini Google Form Quiz masih mempunyai kelebihan unik berbanding aplikasi lain iaitu kebolehan murid untuk menyemak jawapan kendiri dan untuk guru memberikan feedback secara terus. Hal ini mungkin disebabkan oleh aplikasi ini sendiri yang tidak mementingkan penggunaan had masa untuk menjawab bagi setiap jawapan. Oleh itu ia sesuai untuk digunakan sebagai ulangkaji. Mudahnya Google Form Quiz juga ialah ia boleh dibuat segera memalui handphone. Berikut ialah tutorial membina soalan daripada Google Form Quiz.

1. Pergi ke Google Form dan klik pada butang biru.


2. Taip nama kuiz. Klik 2 kali pada tajuk set soalan di atas dan secara automatik nama kuiz akan dinamakan semula.



3. Berikan penerangan tentang kuiz. Boleh masukkan arahan soalan di sini. Kemudian, mula menulis soalan.



 4. Pilih bentuk jawapan yang diingini. Ada 'multiple choice', 'short answer', 'checkboxes', 'dropdown' dan sebagainya. Kemudian, mula menulis pilihan jawapan.




5. Untuk jawapan berbentuk subjektif, letakkan 'response validation'. Jadi cikgu boleh set kata kunci yang mesti murid ada (jika perlu). Klik pada 'required' menunjukkan bahawa soalan itu wajib dijawab.


6. Tentukan setting soalan. Klik pada 3 titik dan senarai setting akan muncul. Anda juga boleh preview. Di sebelah 'PRESENTATION' , ada tab untuk kuiz. klik untuk quiz dan advanced feature quiz akan muncul.


7.  Dengan advanced feature khas untuk fungsi kuiz, anda boleh meletakkan nilai markah, maklumbalas (feedback) dan juga pautan untuk bacaan tambahan murid. Dengan link itu juga murid boleh menonton video untuk penjelasan lanjut.




8. Untuk dapatkan link, klik pada lambang 'paper plane'. Boleh hantar email, berikan link ataupun embed. Anda juga boleh share di Facebook, Google Plus dan Twitter.



Itulah sedikit sebanyak 8 langkah mudah untuk buat set soalan Google Form daripada handphone. Mudahkan!

Perlu lebih penjelasan? 
Sertai kami di t.me/mudahmengajar



Catat Ulasan

1 Ulasan