42 Strategi Mengekalkan Tumpuan dan Perhatian Murid


Tumpuan dan perhatian murid memang sentiasa menjadi cabaran kepada guru. Ada plebagai strategi untuk menyahut cabaran ini. Strategi berikut ada yang sesuai pada permulaan, semasa dan selepas PdPc.
Beberapa strategi meningkatkan tumpuan dan perhatian murid.
  1. Soalan berterusan. Berikan soalan pelbagai dan kepada semua murid pelbagai aras. Rujuk susun galur aras soalan.
  2. Beri peranan untuk setiap murid. Gunakan Role Cards atau Bono Hats.
  3. Pilih aktiviti yang merangsang 3 deria iaitu auditori ,visual dan kinestetik.
  4. Banyakkan elemen didik hibur dan permainan dalam aktiviti.
  5. Pilih aktiviti yang mudah untuk murid 'relate'.
  6. Jika situasi PdPc tidak begitu relevan dengan murid, berikan murid peluang untuk merujuk kepada sumber buku, internet dan sebagainya.
  7. Ada alat sumber rujukan untuk murid agar mereka tidak terhenti untuk mencari jawapan. Gunakan tab, ensikplopedia, kamus, Chromebook dan lain-lain.
  8. Murid sentiasa diberikan ganjaran atas setiap 'progress' mereka.
  9. Masukkan elemen gamifikasi agar murid sentiasa ternanti-nanti untuk buat lebih baik dalam aktiviti seterusnya. 
  10. Salah satu aktiviti mesti ada ialah aktiviti koperatif. Aktiviti koperatif bersifat komunikatif dan membina interaksi sihat di kalangan ahli kumpulan. 
  11. Murid pilih jenis aktiviti yang ingin mereka lakukan. Apabila guru membiasakan pelbagai jenis aktiviti koperatif, murid mudah untuk memilih dan seronok.
  12. Beri ruang untuk murid bersifat ekspresif. Contohnya memberikan pendapat, pandangan, memberi rating, membuat undian dan membuat keputusan.
  13. Bahan maujud dapat merangsang deria sentuh murid. Jadi mereka rasa lebih realistik.
  14. Penggunaan teknologi digital daripada telefon pintar dapat merangsang murid bahawa mereka sendiri boleh menggunakan telefon pintar mereka untuk buat aktiviti yang sama di rumah. 
  15. Unsur kecindan dan kejutan. Jadi murid sentiasa merasakan sesuatu yang baru.
  16. Suasana pembelajaran berbeza. Ada kalanya PdPc dibuat di dalam kelas sahaja. Sekali-sekala bawa ke luar bilik darjah. Jika terlalu kerap dengan aktiviti digital pula, cuba jadikan PdPc itu tanpa sebarang teknologi dan murid akan dapat melihat prinsip asas 'brainstorming', kuiz, 'gamifikasi' dan sebagainya.
  17. Adakah pertandingan antara kumpulan. Jadi setiap kumpulan ada tujuan untuk cemerlang.
  18. Biasakan aktiviti pembentangan. Jadi murid akan lebih bersiap siaga dengan bahan-bahan perbincangan. 
  19. Biasakan 'Flipped Classroom'. Apabila masuk ke dalam kelas, murid tidak hanya perlu menanti tetapi tahu skop perbicangan dalam kelas. 
  20. Gunakan teknik TAPN approach untuk pastikan murid memberi tumpuan dalam tugasan yang mengambil masa agak lama. TAPN adalah Time, Amount, Public dan Novelty. 
  21. Berikan juga soalan yang mempunyai pelbagai pilihan jawapan. Dengan itu, murid boleh memberi lebih satu jawapan dan kapasiti berfikir lebih luas.
  22. Ketepikan barang-barang yang boleh mengalih tumpuan murid. Contoh buku-buku atau kerjarumah subjek lain.
  23. Gunakan muzik. Semasa buat aktiviti dan perlukan masa yang cepat, pasang lagu 'upbeat' jadi murid-murid bersemangat siapkan tugasan.
  24. Berikan pra-ujian. Selepas mendapat keputusan bahawa pengetahuan sedia ada murid itu kurang, mereka akan lebih bersemangat untuk beri tumpuan untuk mencari penyelesaian kepada soalan.
  25. Rehat bagi setiap 15-20 minit. Berikan soalan atau ruang interval selama 2-5 minit. Jadi murid tidak terlalu lama dalam membuat sesuatu tugasan yang sama.  
  26. Curi tumpuan murid dengan tepukan atau isyarat tangan bagi setiap 15-20 minit. Semak perkembangan perbincangan atau aktiviti murid. 
  27. Tunjukkan masa agar murid sedar akan tempoh menyiapkan tugas. Oleh itu, mereka akan beri tumpuan kepada tugas agar disiapkan tepat pada masanya.
  28. Pastikan aktiviti berkumpulan tidak melebihi 5 orang. Perhatikan setiap orang murid dan bantu agar mereka ada ruang untuk beri sumbangan kepada perbincangan atau aktiviti.
  29. Perbanyakkan note-expansion bersama murid berbanding murid hanya menyalin kerana hal ini bersifat progresif, dikembangkan mengikut kapasiti pemahaman murid serta hasil gabungngan input guru dan murid.
  30. Buku teks bukan sebagai satu-satunya sumber nota. Perbanyakkan sumber luar seperti buku rujukan untuk sumber perbincangan dan menjadikan pengisian tidak terlalu 'predictable'.
  31. Bina rapport yang baik dengan murid. Hafal semua nama dan sentiasa sifat positif murid (banyakkan lebih kepada task-related dan bukan behaviour). Contohnya, Tahniah Ali! Awak telah berjaya mendapatkan formula sebenar Teorem Pitagoras itu. Bina semangat murid.
  32. Sesekali sampaikan tajuk dalam bentuk penceritaan. Semua orang suka simulasi dan penceritaan. Pada bahagian tugasan, murid diberikan tugas seolah-olah mereka sedang mennyelesaikan satu misteri. 
  33. Sistem peneguhan positif dan pengurusan bilik darjah yang mantap. Apabila hal ini teratur murid lebih terkawal dan beri tumpuan dalam aktiviti kelas.
  34. Ubah ahli kumpulan murid sekali-sekala agar mereka dapat membina rapport dengan orang lain dan ada ruang untuk berkomunikasi dengan lebih baik.
  35. Apabila murid diberikan soalan lisan, berikan mereka masa secukupnya untuk merangka jawapan. Murid boleh tulis pada sehelai kertas jika perlu.
  36. 3-2-1. Pada akhir PdPc, minta murid menulis 3 perkara utama yang dipelajari, 2 perkara yang paling mereka suka dan 1 persoalan yang ingin diterokai. 
  37. Bahan media pelbagai bagi setiap penerangan teksual. Dengan itu, murid dapat melihat pelbagai bentuk nota dipersembahkan.
  38. Buat aktiviti Chat Stations. Jadi murid bercakap lebih kerap dan bersemangat untuk buat perbincangan bertema.
  39. Aktiviti menarik seperti Graffiti Wall dapat bantu murid berkongsi persoalan dan idea.
  40. Banyakkan 'rephrase' atau minta murid ulang sesuatu pernyataan dalam ayat mereka sendiri.
  41. Berikan aktiviti task based. Jadi setiap kumpulan ada hasil yang berbeza. Murid lebih seronok untuk mengetahui perkara baru dan berbeza daripada kumpulan lain.
  42. Bagi setiap 15-20 minit, boleh beri murid aktiviti puzzle. Jadi mereka akan beri perhatian semasa perbincangan idea. 
Semoga bermanfaat, jika ada sebarang soalan, boleh join group t.me/mudahmengajar
42 Strategi Mengekalkan Tumpuan dan Perhatian Murid 42 Strategi Mengekalkan Tumpuan dan Perhatian Murid Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on September 17, 2017 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.