Jelajah Dunia dengan 3 APLIKASI


Bila sebut sahaja Google semua suka. Kenapa? Pastinya kerana aplikasi-aplikasi yang ringan dan of course PERCUMA. Dalam GOJES 2017 yang saya hadiri baru-baru ini, audiens telah diperkenalkan dengan 2 update terbaru aplikasi Google Earth dan Google Arts & Culture. Saya cukup kagum dengan 2 update ini.

Google Earth

- Update terbaru membolehkan pengguna melayari globe daripada telefon pintar sahaja. Taipkan tempat yang ingin dikunjungi dan anda akan dapat pergi ke tempat tersebut dengan cepat. 
- Ada animasi menarik seolah-olah anda terbang dari satu tempat ke satu tempat lain. 
- Pada bahagian  kiri peta ada beberapa icon;
  • 3D untuk paparan melihat bangunan dan infrastruktur.
  • 'human figure' untuk Google Street View. Dengan menekan icon ini, pengguna akan dapat melihat sudut pandangan atas jalan dan anda boleh navigasi seolah-seolah anda sedang berjalan di tempat tersebut.
  • kompas untuk menentukan arah utara.
- Pada bahagian atas;
  • kemudi kayu untuk melihat cadangan atau Editor's pick.
  • kamera untuk screenshot gambar peta.
  • dadu untuk pergi ke mana-mana tempat lain secara random.

Google Arts & Culture

 - Aplikasi ni simple je. Anda boleh cari tempat-tempat bersejarah terutamanya muzium, galeri seni, tempat tinggalan sejarah dan bermacam-macam lagi. Boleh pilih satu muzium dan anda boleh navigasi seolah-olah anda sedang berada di muzium itu. 
- Aplikasi ini menarik bagi subjek sejarah sebab guru-guru boleh jelajah dan buat lawatan maya bersama-sama dengan murid. Boleh buat tetapan tempat kegemaran dan bina projek untuk subjek. 
- Tekan icon 'nearby' dan pengguna dicadangkan dengan tempat yang terdekat dengan lokasi. Contohnya, saya berada di Bandar Putra, Kulai dan tempat dicadangkan adalah Singapore Arts Museum. 
- Murid-murid boleh diberikan satu tajuk tugasan sebelum masuk ke kelas dan mengambil beberapa gambar atau dapatan di tempat yang dilawati. Dengan itu murid- murid dapat membentangkan tugasan mereka daripada telefon pintar atau tab sahaja. Mudah! 
  • Macam mana nak bentang dari telefon pintar dan pancar ke projektor? Gunakan Screenbeam Mini 2!
  • Macam mana nak buat tu? Dapatkan tutorial kami dengan menyertai t.me/mudahmengajar



Bagi setiap gambar jelajah yang murid ambil, mereka boleh buat anotasi dengan meletakkan beberapa 'note point' pada objek tertentu. Gunakan Thinglink! 


  • Tetapkan 'tag' pada objek atau bahagian tertentu pada gambar. Pilih sama ada pautan, video, teks dan sebagainya. 
  • Nak tahu cara nak buat? Join t.me/mudahmengajar
 

Ok rakan-rakan guru semua. Selamat mencuba!
PA21? Join t.me/mudahmengajar
Like Facebook Mudah Mengajar: fb.me/mudahmengajar 
 
 
Jelajah Dunia dengan 3 APLIKASI Jelajah Dunia dengan 3 APLIKASI Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on September 04, 2017 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.