PERANCANGAN PDPC



Sebelum merancang sesuatu PdPc, kita perlu meneliti terlebih dahulu apa yang perlu dirancang.

PdPc boleh dibahagikan kepada 3 fasa utama iaitu:
1. Set induksi (Starter)
2. Aktiviti pembelajaran (Learning Episodes)
3. Aktiviti Penutup / Kesimpulan (Plenary)

Starter (Set Induksi)
Set induksi ialah sebarang aktiviti yang dapat menjadi pembayang kepada tajuk apa yang akan murid pelajari pada hari ini. Aktiviti ini biasanya ringkas, menyeronokkan, membina semangat ingin tahu murid serta menjadikan mereka celik dan bertenaga. Contohnya, nyanyian lagu, senaman, kuiz, mencari barang tersembunyi dan perbincangan tentang video. 
Rujuk 'post' sebelum ini:
http://mudahmengajar.blogspot.my/2017/04/23-cara-memulakan-pdpc-set-induksi.html

Aktiviti Pembelajaran (Learning Episodes
Pembelajaran berlaku semasa pengisian disampaikan dan diperkasakan melalui aktiviti pembelajaran yang pelbagai.
  • Dicadangkan sekurang-kurangnya 3 aktiviti.
  • Aktiviti koperatif
  • Pembelajaran pembezaan (differentiated learning) berlaku samada menerusi pengisian, proses ataupun produk pembelajaran itu sendiri mengambil kira pelbagai aras keupayaan murid
  • Sumber pembelajaran

Nak idea aktiviti hands-on, offline dan online, rujuk tags:
http://www.mudahmengajar.com/search/label/pembelajaran%20berasaskan%20aktiviti

Aktiviti Penutup (Plenary)
Tidak semudah hanya menyatakan Pdpc sudah tamat atau memberi kerjarumah, aktiviti penutup PdPc sepatutnya menjadi rumusan kepada apa yang dipelajari pada hari ini. Antara yang boleh dibuat ialah  Pop Quiz, Noughts and Crosses, Exit Ticket, A-Z, Undian, Parking Lot dna bermacam-macam lagi. 
http://mudahmengajar.blogspot.my/2017/06/panduan-membuat-rumusan-penutup-pdpc.html

Semoga cikgu-cikgi semua dapat menjalankan pdpc yang mantap!

Untuk lebih perkongsian, sertai kami:
t.me/mudahmengajar


PERANCANGAN PDPC PERANCANGAN PDPC Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN on September 15, 2017 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.