Aplikasi Google Photos



Google Photos adalah satu aplikasi untuk menyimpan gambar secara atas talian. Ia mudah dan boleh diakses di mana-mana sahaja. Fakta penting tentang Google Photos:
  • Memerlukan akaun  gmail untuk log masuk
  • Kapasiti muatan gambar dan video dikongsi bersama Google Drive iaitu 15GB.
  • Boleh diakses oleh pelbagai peranti secara atas talian; web atau aplikasi.




Antara kelebihan Google Photos adalah:
1. Storan yang banyak. Anda ada 15GB. Boleh masukkan gambar dan video.

2. Automasi untuk muat naik gambar dan video. 

3. Berkongsi semua gambar dan video antara satu peranti dengan peranti yang lain secara automatik. Tidak perlu tekan butang 'share' secara manual. Ini dipanggil Shared Library.



4. PERCUMA.

5. Berkongsi gambar dalam satu album.



6. Boleh salin gambar-gambar daripada album yang dikongsikan. Add to library.



7. Memadam semua gambar dan video dalam peranti untuk mengosongkan storan. Suci bersih telefon pintar anda nanti.



8. 'Search function' yang efektif samada dengan kata kunci tempat (geo-tagging), tarikh, ataupun nama album.


9. Mengedit gambar tanpa perlu membuka aplikasi tambahan.



10. Buat animasi dan kolaj terus dari peranti.

11. Jika ada telefon YES ALTITUDE dengan akaun YES, boleh akses semua gambar dari semua peranti anda yang lain tanpa perlu untuk log keluar dan masuk akaun gmail yang lain.

12. Automasi Assisstant membantu untuk mencadangkan album gambar, movie dan juga imbas kenangan.


13. Bila berkongsi album, anda mempunyai 2 pilihan, individu lain boleh menambar gambar-gambar ke dalam album itu atau untuk dilihat sahaja (tiada kebenaran untuk mengubahsuai album.



14. Kebanyakan aplikasi bina web dan blog memberikan pilihan memuat naik gambar terus dari Google Photos. 

Secara ringkasnya, Google Photos sangat membantu untuk pelaporan program, pembentangan serta PLC.

Untuk lebih perkongsian tentang PdPC PA21? Join:
t.me/mudahmengajar

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aplikasi-aplikasi Google, Join: t.me/aplikasigoogle





Aplikasi Google Photos Aplikasi Google Photos Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN SURIAN on October 15, 2017 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.