Stickey Notes
- Parking lot untuk murid menampal reaksi mereka terhadap pembelajaran pada hari ini.
- Entry Ticket untuk murid menyatakan persoalan-persoalan yang mereka ada tentang tajuk yang akan dipelajari.
- Membuat undian .
- Quiz- Quiz Trade dengan murid berjual beli soalan.
Bulding Blocks
- Murid bina struktur ayat. Contoh merah untuk kata nama, biru untuk kata kerja, hijau untuk objek.
- Membuat pengiraan rows dan columns.
- Murid membina struktur.
- Gamifikasi dengan murid diberikan ganjaran beberapa biji atas pencapaian mereka dan murid membina objek baru hasil daripada blok-blok terkumpul.
- Set induksi dengan murid beri gambaran tentang tajuk berdasarkan kreativiti mereka.
- Rumusan dengan murid beri rumusan isi pembelajaran dipersembahkan dalam bentuk-bentuk binaan dan warna.
Pen Warna
- Murid guna warna tertentu sebagai soalan, warna lain sebagai beri jawapan kepada soalan rakan sementara warna satu lagi untuk soalan tambahan.
- Mengunakan warna berbeza untuk struktur berbeza.
- Bagi setiap jawapan yang betul, murid dibei satu pen warna dan mereka boleh gunakannya untuk menghias nama mereka.
Dice
- Menjadi nombor untuk penentuan giliran
- Untuk Matematik, murid menambah senarai nombor dan semak dalam kumpulan.
- Nombor-nombor juga boleh menjadi aras soalan untuk si pembaling.
- Murid menyelesaikan tugas tertentu mengikut nombor yang tertera pada dadu. Contohnya 3 untuk bina 3 ayat mudah. 2 untuk beri 2 simpulan bahasa yang bermula dengan perkataan hati atau 4 untuk senaraikan 4 musim untuk negera beriklim mengikut musim.
Sticker
Stiker ada dua. Satu ialah jenis gambar-gambar atau ikon-ikon menarik. Satu lagi ialah sticker huruf.
- Sebagai ganjaran untuk murid.
- Ganjaran terkumpul bagi individu.
- Murid bina profil berdasarkan sticker yang diberi atau terkumpul.
- Hiasan kreatif bagi hasil perbincangan kumpulan.
Popsicle Sticks
- Nama murid ditulis pada batang aiskrim dan batang aiskrim dipilih secara rawak. Semua batang aiskrim di keluarkan dan itu bermakna semua murid telah menjawab soalan.
- Murid menuliskan soalan yang mereka tidak jelas dan mereka bertukar-tukar soalan.
- Soalan secara rawak ditulis pada batang-batang aiskrim tersebut
- Ganjaran dengan murid menulis nama mereka pada batang aiskrim tersebut.
Kertas Warna
- Sebagai aktiviti untuk permainan kad (lebih 30 permainan kad menarik boleh dibuat).
- Ganti kepada Traffic Light Cards dengan lebih fungsi
- Membuat kraf.
- Gamifikasi kepada murid.
- Nota ringkas berwarna.
Penutup Botol
- Digunakan sebagai token giliran dalam Talking Chips
- Murid membuat pengiraan sifir
- Menjadi petunjuk akumulatif ganjaran daripada guru.
- Sesuai sebagai aktiviti 'Pass the Cap' dan orang yang tidak dapat sebutkan satu perkataan akan menyimpan 'cap' tersebut.
Pastikan ada ada simpan ini sebagai contigency plan dan sebagai alat-alat aktiviti set induksi walaupun anda bercadang menjadikan kelas anda ICT based sepenuhnya.
Mahu lebih idea? Nak belajar cara-cara mengendalikan aktiviti PdPc? Join t.me/mudahmengajar
Mahu lebih idea? Nak belajar cara-cara mengendalikan aktiviti PdPc? Join t.me/mudahmengajar
Tahukah anda bahawa blog ini telah tercalon untuk Malaysia Website Awards? Undi kami di sini
http://www.mwa.my/2017/sep/mudah-mengajar-2
http://www.mwa.my/2017/sep/mudah-mengajar-2
Telegram: t.me/mudahmengajar
Facebook Page: fb.me/mudahmengajar
Facebook Cikgu Herry: fb.me/herryansyahku
Instagram: instagram.com/herryansyaku
Muat Turun app Mudah Mengajar:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.app.mudahmengajarp
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.app.mudahmengajarp
0 Ulasan