PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK



Pembelajaran Berasaskan Projek adalah satu pendekatan pedagogi yang merangsang kemahiran abad ke 21 murid. Ia adalah pendekatan jangka masa panjang yang meraikan kebolehan, kemahiran berfikir serta bakat murid. Antara pembelajaran berasakan projek ialah projek menghasilkan poster, alat pembasmi kuman, binaan rumah kebal ribut taufan, pementasan drama dan banyak lagi. 

Beberapa perkara kita perlu ketahui tentang Pembelajaran Berasaskan Projek ialah:
  • Ada tempoh tertentu menjangkau masa dalam kelas
  • Murid mengasah pengetahuan dan kemahiran tertentu ke arah menjayakan projek.
  • Bersifat kolaboratif; kerjasama antara murid dalam skal besar dan murid diberi pilihan memilih kaedah mereka sendiri.
  • Guru sebagai pembimbing sahaja dan tidak menentukan kaedah yang perlu digunakan.
  • Berbeza dengan projek atau kerja kursus, hasil atau produk tidak ditetapkan.
  • Mempunyai skop yang besar.
Berikut ialah panduan ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek (PBK) yang diberikan dalam KIT PAK 21 Kementerian Pendidikan Malaysia.


Di samping menghasilkan sesuatu projek, beberapa cadangan perlu difikirkan:
  • Refleksi murid: Pastikan murid mampu menyatakan perubahan, perasaan, penemuan baru yang mereka dapati daripada projek ini.
  • Murid merekodkan proses mereka menjayakan projek dan didokumentasikan.
  • Keyword: Inovasi



Tahukah anda bahawa blog ini telah tercalon untuk Malaysia Website Awards? Undi kami di sini
http://www.mwa.my/2017/sep/mudah-mengajar-2


Facebook Page: fb.me/mudahmengajar

Facebook Cikgu Herry: fb.me/herryansyahku


PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK Reviewed by HERRYAN SYAH TUPAN SURIAN on October 30, 2017 Rating: 5

No comments:

Theme images by chuwy. Powered by Blogger.