BENGKEL TEKNOLOGI PENDIDIKAN MEGA DI KL EDTECH 2017



Semakin rancak teknologi pendidikan sekarang kan. Baru-baru ni, PM pun ada sebut kepentingan penggunaan teknologi dalam PdPc dan semua menyahut saranan itu. Maka sesuailah dengan penganjuran bengkel teknologi pendidikan yang diadakan di KL baru-baru ini. KL EdTech, himpunan bengkel teknologi pendidikan paling meletop tahun ini telah diadakan di Brickfields Asia College cawangan Petaling Jaya pada 25 & 26 November. Bukan sikit bilangan pesertanya..cecah 300+ tuh!. Macam nak pecah dewan tapi semua peserta masih dapat berbengkel dengan selesa. Xcaya? Tanyalah yang dah pergi event ni, Yang pasti takde yang menangis atau jiwa kacau lepas pergi. Yang senyum lebar dpt lucky draw bagai adela. 

penuh debaran....

lawa kan? tempat pun luas.

semua berpusu-pusu tak sabar nak dapat goodies bag

OK, kenapa saya tulis entri ni, mestilah sebab saya pun salah seorang presenter..😝. Alhamdulillah penganjur sudi jemput saya. Banyak nama-nama besar untuk event ni. Antaranya ialah Cikgu Aman, Super Sifu Cikgu Norm Superb, Cikgu Ariff, Cikgu Raihan, Cikgu Yassir, Cikgu Kamariah dan banyak lagi superstar nanti x cukup baris pulak nak taip. 

semua lane sesak...pakai Touch N Go pun sesak. 


muka cuak. baru sampai. gerun tengok lautan manusia. haha. sebelah tu Cikgu Raihan yang femes tu. Kelas die paling penuh sampai nak pecah dinding. Layari blog die. raihanjalaludin.com

ha kirelah banyak tak banyak yang datang!

Apa yang menariknya, semua presenter bawakan tajuk yang berlainan. Gabung semua, ha lengkaplah ilmu di dada. Dari peranti, kepada software, kepada pengurusan fail, kepada amalan terbaik hinggalah kepada pengurusan talipon. Semua ada. Daripada mazhab Google kepada mazhab VLE ,kepada mazhab Microsoft, digital ink, ink tak berapa digital, dari laptop canggih manggih kepada laptop free semuanya masih dapat membawakan teknologi. No excuse. Pakai handphone YES PdPc pun anda boleh sangat-sangat digital. Apapun tahniah kepada penganjur yang memastikan keadilan dalam manifesto ilmu. So xdelah yang wrestling berebut tajuk. Semua pun best. Semua presenter bersatu berkongsi ilmu agar rakan-rakan guru dapat membawa pulang sesuatu untuk diguna pakai bila mula pdpc tahun depan. 





ni geng gila selfie...swafoto beramai-ramai. 

Saya sendiri membawakan tajuk PLC with New Google Site dan Empowering Students' Engagment in Learning With Nearpod. Yg pertama tu ajar macam mana cikgu-cikgu dapat bersama-sama bina bahan untuk rujukan murid menerusi Google Site. Ramai cikgu rasa seronok dan best sebab senang nak buat. Lagi satu, harta karun dan aset gambar, video segala bagai memang dah simpan dalam Google Drive sampai dah penuh (fuh 15GB pun boleh penuh). Lepastu semua orang boleh edit serentak pada bila-bila masa. Tup-tup dah siap. Masa sejam 30 minit je tapi alhamdulillah saya berjaya selesaikan bengkel untuk tajuk ini.

sempat senyum sebab dah tau ada orang nak amik gambar


uit..tgk fb ka tu..jangan nak culas keh! posing fefeling Fatah Amin. ko boleh?

ok serius jap..mesti siap sebelum 3.30 yer!

Tajuk kedua pulak ialah  pasal Nearpod. Nearpod ni amat popular kat Singapore sebab dia ada elemen Digital Citizenship. Ni macam nilai murni masa belajar digital. Ada peserta yang dah masuk slot Peardeck dan compare. Terpulang kepada mana yang lebih selesa kepada cikgu. Yang penting Nearpod ni salah satu alternatif yang cikgu boleh juga  cube. Memang best. Step by step Nearpod ada dalam ebook saya siap dengan video lagi. 




Dapatkan ebook ini di sini: Ebook Aplikasi

Dari segi tempat, fuh memang marveles. Selesa dan terkejut pulak la ade KFC kt situ. KFC dalam kolej, memang konpius sat. Tapi senang la kalau nak grab coffee atau terliuq nak ratah ayam goreng panas-panas kan. Yelah masa bengkel otak laju je fikir, perut cepat je lapar..kan! So boleh lah singgah KFC. Makanan? Eh! penganjur ada sediakan. Nasi beriyani tuh...nasinya memang very fine. Beras basmathi kot. Bila korang nak datang bengkel mesti nak tempat selesa makan pun ok kan. Dahlah susah nak keluar ye tak? Owh ye nak citer lg, di setiap tingkat ade Free Coffee dan Tea lagi. Bestnye...dapat hilang mengantuk. 


besarnya tempat ni, bilelah leh jadi tokeh tempat cam ni?

nah betulkan..nasi beriyani beb.

Bahagian pameran pulak memang best. Rumah Kod sendiri ada booth. Anda boleh sign up keahlian dan anda dapat macam-macam benefits. Antaranya diskaun untuk menyertai bengkel Rumah Kod, peluang untuk dapat sumbangan kepada sekolah, the first untuk dapat makluman penting events dan bengkel dan banyak lagi. Sign up je! Kang taulah ape yang best.


 

Lain-lain booth haruslah booth Cikgu Aman dan Digital Classroomnya. Siap bawak TV bagai sebab nak bagi anda semua nampak macam mana demo menggunakan SecreenBeam dalam kelas. Nak lebih info join group Digital Classroom dan Digital Ink  Jadi tak perlu soal banyak, nampak terus. Booth Eduspec pun best gak. Ada demo Acer R11..memang gempak. Guna Chrome OS dan Android. Boleh putar dan lipat-lipat lagi. Lipat 6 masuk poket je tak boleh. Kalau tak faham istilah-istilah ni, mai join Group Aplikasi Google: t.me/aplikasigoogle

Di penghujung hari kedua, ada Demo Slam. Memang Slam habis. 2 menit je untuk setiap orang yang bersungguh untuk tunjukkan apa-apa app yang magik dan terfikir dek akal. Best la yang ambik cabaran ni sebab dapat hadiah. Cikgu Raihan pun join. Mirroring tanpa device..menarik!. Banyak option kita boleh explore. 

Yang xbest, kehadiran abam GC terhangat di pasaran kita. Beliau tak dapat join sebab ada masalah teknikal sikit sebab clash dengan jadual penerbangan. Bagaimanapun beliau tetap beri sokongan padu kepada event ni. xdapatlah nak selfie dengan cikgu popular ini. 

Yang super bestnya, event ni berjalan lancar berkat doa, tenaga padu team RumahKod dan semua kerjasama peserta. Alhamdulillah. 

gambar kenangan bersama rakan-rakan guru yang berdedikasi


Kepada anda yang nak mendapat maklumat lanjut KL EdTech, boleh la layari rumahkod.com




Terima kasih dan jangan lupa sertai kami!





Catat Ulasan

0 Ulasan