HARI PERTAMA BERJUMPA MURID


Dah nak mula sesi baru persekolahan. Apa aktiviti yang perlu dibuat untuk mengenalid dan mengendalikan murid. Mari kita ikuti beberapa idea ini. Atau anda ada tambahan idea?


1. Kenali nama murid dan hobi mereka. Sedikit sebanyak cikgu akan kenal kecenderungan mereka.

2. Buat perbincangan Code of Conduct ataupun Classroom Rules. Guru mencadangkan beberapa situasi dan murid tentukan bagaimanakah murid sepatutnya beradab dan bertindak. Contohnya dalam menggunakan barang kelas. Action: Murid menggunakan barang kelas dengan berhemah serta memulangkan di tempat asal seusai penggunaan.

3. Buat aktiviti ramah mesra atau warm up. Berikan kuiz ringkas kepada murid. Buat soalan-soalan trivia. Bina semangat ingin tahu mereka.

4. Gunakan media untuk menarik minat murid. Hari pertama adalah 'first impression'. Umum mengetahui murid sukakan belajar dengan sokongan bahan media. Kelas pertama menggunakan media akan dapat menarik minat murid dan mereka look forward kepada pdpc seterusnya.

5. Buat aktiviti 'Two Truths And A Lie'. Kali ini, murid berusaha untuk meneka fakta tentang guru. Untuk setiap pusingan guru buat 3 fakta dengan satu daripadanya adalah tidak benar. Murid perlu meneka yang mana dua betul dan yang mana satu yang salah. Mereka juga boleh berbincang dalam kumpulan.

6. Soal jawab cara murid belajar. Minta mereka share apa yang mereka suka dan tidak suka dengan subjek ini. Jika mereka segan untuk berkongsi, gunakan parking lot untuk mereka meluahkan perasaan mereka.

7. Buat banyak aktiviti team building seperti mengingat nama rakan, gallery walk, Chinese Whisper dan bermacam-macam lagi. Bagi situasi pandemik kaedah ini mungkin kurang sesuai tetapi guru boleh gunakan Two Truths And A Lie untuk murid lebih kenal dengan rakan mereka. 

8. A Review. Bangkitkan keseronokan murid dengan aktiviti berkongsi tentang aktiviti kegemaran mereka semasa duduk di rumah. Murid berikan review mereka. Guru boleh kaitkan review mereka dengan apa-apa elemen subjek yang guru ajar. Contohnya jika mereka banyak main TikTok dan cikgu adalah guru Matematik, boleh tanyakan berapa purata video mereka tonton setiap hari. Cikgu juga boleh tanyakan berapa lama murid menonton setiap hari dan cikgu buat perkiraan purata masa bagi setiap murid.

Semua aktiviti ini boleh dijadikan sebahagian daripada set induksi atau aktiviti pembelajaran pada hari pertama. Untuk lebih idea, rujuk:
http://mudahmengajar.blogspot.com/2017/04/23-cara-memulakan-pdpc-set-induksi.html

Terima kasih..Jom bincang dalam group saya:
t.me/mudahmengajar.

Catat Ulasan

0 Ulasan