SUMBER RUJUKAN DAN BBM DALAM PDPC



Antara perkara yang utama dalam menjayakan sesuatu PDPC yang berkesan ialah dengan adanya sumber rujukan murid dan BBM. Apakah beza antara sumber rujukan dan BBM? Kita bermula dengan BBM terlebih dahulu.

BBM adalah bahan bantu mengajar atau dalam istilah umumnya teaching aids. Fungsi BBM ini ialah untuk membantu menyampaikan sesuatu maklumat dengan jelas. Di samping itu, BBM ini juga memudahkan guru memaparkan bagaimana rupa atau keadaan sesuatu itu. BBM boleh jadi dalam bentuk audio, visual, objek, alat dan apa sahaja yang bersesuaian untuk menyampaikan maklumat. Ia adalah bahan secara terus dan bukan alat sokongan untuk menyampaikan bahan seperti papan putih, LCD projektor, radio. Alat ialah radio tetapi bahannya ialah audio rakaman. Jelas?

Sumber rujukan pula adalah sebarang bentuk bahan yang boleh murid rujuk sepanjang PdPc berjalan. Buku teks, carta, gambar, kamus, ensiklopedia, nota dan laman web adalah beberapa contoh sumber rujukan yang baik. 

Adakah BBM itu juga sumber rujukan? Pada dasarnya ya. Guru boleh menggunakan BBM tadi sebagai sumber rujukan. Namun, pastikan murid mudah untuk akses sumber rujukan itu tadi.

Kesilapan umum dalam pemilihan atau penyediaan BBM ialah:

  • Bersifat one-off dan sekali pakai sahaja.
  • Tiada inventori
  • Tangkap muat
  • Tidak meneliti terlebih dahulu kandungan BBM
  • Hanya guna BBM untuk satu aktiviti sahaja. Tidak dipelbagaikan atau dipotimumkan penggunaannya.

Beberapa ciri-ciri BBM yang baik ialah:
  • Bagi bahan bercetak, pastikan ia tahan lama dan boleh digunakan berkali-kali. Sediakan untuk tahan lama dengan laminate atau sampulkan.
  • Jika gambar, saiznya besar dan jelas. Print dengan warna sebaiknya.
  • Untuk audio pastikan rakaman itu jelas dan dalam bentuk yg lebih mudah diurus seperti MP3. Gunakan speaker yang mempunyai surround sound. 
  • Video mestilah jelas, suara terang serta tidak terlalu laju. Laras bahasa juga sesuai dengan konteks murid.
  • Realia atau objek sebenar mestilah selamat, dalam keadaan yang baik serta boleh didekati murid. Ia juga perlu sesuatu yang mudah dikendalikan. 
  • Ada peluang untuk murid berinteraksi dengan bahan. Contoh, dipegang, dikawal (play, pause), digunakan dan sebagainya.
Sumber rujukan yang berkesan ialah:
  • Dimaklumkan kepada murid cara sumber rujukan dapat membantu tugasan.
  • Bahan yang akan dirujuk telah diperincikan. Contohnya, rujuk buku teks muka surat 18-23.
  • Mudah diakses dan tidak berat. Contohnya laman web maklumat yang tidak terlalu sarat dengan grafik. Hal ini boleh menyebabkan masalah loading.
  • Murid boleh menyalin sumber rujukan jika references/bibliografi perlu dibuat.
  • Guru memlunyai akses kepada sumber rujukan yang sama.

Di atas telah dinyatakan beberapa ciri BBM dan sumber rujukan yang baik. Ada pelbagai lagi tips yang boleh dibincangkan. Apa pun guru harus bijak memilih BBM dan sumber rujukan yang ringkas tetapi berkesan serta tidak membebankan.

Nak berbincang lebih lanjut, join:
t.me/mudahmengajar


Catat Ulasan

0 Ulasan