AKTIVITI BEST PENGUKUHAN SEMASA DALAM PDPC



Dalam sesuatu PdPc, kadang-kadang apa yang dirancang itu selesai lebih awal. Ada situasi di mana, murid mudah menguasai sesuatu topik dan berjaya menyudahkan latihan dengan lebih awal. Oleh itu, kita boleh cuba beberapa aktiviti di bawah untuk mengisi masa mereka dengan aktiviti yang lebih advanced:

1. Crossword Puzzle
Aktiviti ini adalah paling klasik. Beberapa set crossword puzzle boleh disiapkan dan boleh digunakan untuk murid yang sudah siap sesuatu tugasan. Mereka boleh belajar mengeja sesuatu istilah dengan betul untuk mengenalpasti sesuatu istilah melalui clue atau penjelasan. Gunakan toolsforeducators.com untuk buat lembaran kerja. Untuk menjawab secara interaktif, boleh buat beberapa set di classtools.net atau proprofs.com


2. Word Search
Sama seperti crossword puzzle, word search juga memperkasa kebolehan murid untuk mengeja. Ia satu aktiviti yang mudah dan cepat untuk dibuat. Clue boleh berbentuk perkataan, deskripsi atau gambar. Gunakan toolsforeducators.com atau proprofs.com

3. Cubing
Murid diberikan satu dadu besar. Di setiap permukaan, dibina atau ditulis beberapa soalan. Dadu dibaling dan murid menjawab soalan. Jawapan boleh diberikan secara lisan atau ditulis pada kertas jawapan.

Image result for cubing

Image result for cubing
4. Tarsia
Tarsia adalah satu permainan berbentuk puzzle. Guru-guru hanya perlu membuat beberapa set. Bagi murid yang sudah selesai tugasan, mereka boleh bermain secara berkumpulan. Download Tarsia di sini: TARSIA INSTALLER

Image result for tarsia

5. Q Box
Satu kotak soalan disediakan. Di dalamnya ada beberapa soalan pengetahuan am yang berkaitan dengan topik yang diajar. Murid cabut satu soalan dan mereka perlu menjawab atau mencari soalan dariapda internet atau ensiklopedia.

Image result for q box questions



6. I Wonder
Murid menulis pada sekeping Stickey Notes dan mereka menuliskan apakah lagi perkara yang ingin mereka tahu lebih lanjut tentang topik yang mereka pelajari.

Image result for sticky notes

7. Draw A Scene
Murid meringkaskan topik yang dipelari pada hari ini dalam bentuk sketch atau lukisan.

Image result for pictionary

8. The Mirror
Murid menulis dalam sekeping kertas 3 perkara:
  • Apa yang saya suka dengan pelajaran hari ini:
  • Apa yang saya tidak suka tentang pelajaran hari ini:
  • Tindakan saya seterusnya.....
Image result for mirror

9. Tic Tac Toe
Dalam petak 9, murid dibahagikan kepada dua pemain iatu O dan X. Murid O memilih satu petak dan terbalik kad petak. Jawab soalan di bawahnya. Jika betul mereka, maka murid itu boleh pangkah X. Dan seterusnya.

Image result for tic tac toe

10. Bina Board
Bina satu template board kosong di toolsforeducators.com . Murid kemudiannya bina soalan untuk petak-petak tertentu dan mereka baling dadu. Mudah! Sendiri buat sendiri main.

Untuk lebih idea dan perkongsian, join t.me/mudahmengajar

Catat Ulasan

0 Ulasan