PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH YANG PRAKTIKAL UNTUK SEKOLAH RENDAH



Pembelajaran berasaskan masalah (problem based learning) adalah pembelajaran yang menyuntik sifat ingin tahu dan membuat penilaian dalam diri murid. Seringkali pembelajaran berasaskan masalah disalahertikan menyamai pembelajaran menyelesaikan masalah atau (problem solving)

Pembelajaran Berasaskan Masalah adalah aktiviti pembelajaran yang dimulakan dengan mengenalpasti masalah. Kemudian, murid mencari punca-punca masalah itu berlaku. Dalam mencari punca, murid perlu memahami tajuk dan senario terlebih dahulu. Kemudian maklumat yang diperoleh serta punca-puncanya dinilai untuk diketengahkan. Seterusnya murid membentangkang punca-punca utama dengan jelas. Pembentangan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk seperti peta minda, flyers, powerpoint, buku mini, wawancara, pantun, sketsa, dialog, perbualan, kartun dan sebagainya. 

Berbeza dengan pembelajaran menyelesaikan masalah, pembelajaran berasaskan masalah fokus kepada menilai punca sebenar. Jadi dengan berasakan kbat, murid perlu mempunyai kemahiran asas iaitu mengenal->memahami->mengaplikasi dan menilai. Pembelajaran menyelesaikan masalah pula memerlukan murid untuk melalui proses yang sama cuma murid bermula dengan masalah dan mencari jalan penyelesaian. 

Antara simulasi aktiviti yang boleh diberikan adalah seperti ini:




Aktiviti:
1. Murid mencari punca-punca pencemaran sungai.
2. Murid memilih beberapa punca-punca utama dan cara untuk mereka membentangkan.
3. Murid membuat pembentangan dan ada sesi soal jawab.







Bagi memudahkan murid mencari maklumat, guru boleh menyediakan salinan beberapa sumber maklumat. Guru juga boleh memasukkan bahan dalam kod Zappar, jadi murid hanya perlu imbas kod zappar dan mereka boleh mencari maklumat di situ. 

Ini hasilnya:







Alhamdulillah guru-guru mendapat maklumat yang jelas..Ini respon mereka. Bengkel ini telah dijalankan di SK Taman Muhibbah pada 7 Ogos 2018.


Catat Ulasan

0 Ulasan