APLIKASI MENARIK UNTUK GURU



Jom kita lihat beberapa aplikasi terkini yang saya sendiri juga menggunakannya. Jika anda perlukan tutorial dan bantuan, join sahaja group saya t.me/mudahmengajar

1. Randomizer
Randomizer+ digunakan untuk memilih giliran, membuat pasukan serta menentukan pusingan dalam kelas. Ia membantu pengurusan murid dan menjadi pembelajaran terancang. Download


2. Squid
Bagi yang suka mencatat, Squid amat membantu. Ia menyediakan pelbagai jenis kanvas, dakwat, objek serta bermacam-macam lagi bentuk persembahan nota. Ia seakan-akan Microsoft One Note. Squid juga menyokong peranti dengan stylus pen. Download


3. Sway
Sudah bosan dengan bentuk persembahan slaid yang sama, anda boleh try Sway. Sway adalah satu bentuk persembahan slaid yang sangat menarik dan interaktif. Anda memerlukan akaun Microsoft 365 untuk menggunakan aplikasi web ini. Layari

4. Background Eraser
Anda suka membuat poster tetapi kadang-kadang ada imej yang anda nak hilangkan latar belakangnya? Oleh itu, aplikasi ini sangat membantu. Ia berfungsi seperti yang ada dalam Adobe Photoshop. Anda lebih enjoy menggunakan aplikasi ini pada peranti berskrin besar seperti tablet atau Chromebook. Download

5. Adobe Spark Post
Umpama Canva, Adobe Spark Post boleh menghasilkan pelbagai bentuk grafik dan produk menarik termasuk infografik. Terdapat ratusan templat untuk dipilih dan pelbagai unsur media boleh dimasukkan. Download

6. Google Drawing
Google Drawing digunakan pada kebanyakan masa untuk memberi hands-on kepada murid untuk menjelajah dunia bentuk dan simetri. Antara yang dapat dihasilkan ialah gambar rajah, bentuk, binaan, peta minda dan logo. Layari

7. Charades
Siapa yang pernah main tekalah saya. Seorang memegang kad dengan perkatan hanya dapat dilihat oleh orang di hadapannya. Orang dihadapannya akan berhempas pulas memberi pembayang sehingga pemegang kad meneka dengan tepat. Permainan ini ditukar bentuk kepada digital menerusi aplikasi Charades. Malah, setiap pasukan atau pasangan juga boleh berkongsikan set Charades mereka. Download

8. MyScript Calculator
Aplikasi ini menggunakan fungsi AI dan handwriting recognition untuk mengenalpasti nombor dan persamaan yang dituliskan. Ia sangat membantu guru mengajar dengan cepat dan tepat. Download

9. Action Director
Ini adalah aplikasi suntingan video yang ringkas untuk pelbagai fungsi asas seperti emncantumkan media, trim dan memasukkan muzik latar. Malah anda juga boleh menetapkan kesan khas seperti Slow Mo, Fast Motion dan sebagainya. Download

10. Jamboard
Bagi yang biasa menggunakan aplikasi-aplikasi Google, gunakan Jamboard. Ia seumpama whiteboard digital yang mempunyai fungsi pelbagai jenis dakwat, handwriting recognition, AutoDraw, Stickey Notes, Google Drive, web clipping dan bermacam-macam lagi. Download




Catat Ulasan

2 Ulasan