25 PERKARA MENARIK TENTANG GOOGLE DRIVE



Dalam zaman cloud ini, keperluan menggunakan Google Drive amat tinggi. Ada yang menggunakannya untuk kegunaan peribadi dan tidak kurang juga yang menggunakannya sekadar untuk memenuhi arahan pentadbiran. Jika diteliti, ada banyak kelebihan dan perkara menarik tentang Google Drive yang tidak kita ketahui. Jom kita lihat beberapa perkara menarik ini. 

1. Simpan Fail
Semudah itu, anda boleh menyimpan semua fail-fail anda dalam Google Drive pada had 15GB untuk akaun personal. Kalau nak unlimited, anda boleh gunakan Google Drive dengan sign in menggunakan akaun YES anda. 

2. Simpan Folder
Ya, anda boleh memuat naik folder sekaligus.


3. Auto Back Up daripada komputer anda
Anda boleh memuat turun installer daripada Google Drive. Install dan akan wujud satu direktori atau destinati yang baru. Apa sahaja fail yang anda masukkan dalam folder itu akan dimuat naik ke Google Drive. Anda akan dapat melihat senarai fail yang sememangnya ada dalam Google Drive tetapi tiada dalam laptop anda dan sebaliknya.

Image result for google drive back up and sync


4, Berkongsi fail atau folder dengan rakan.
Anda boleh share fail dan folder anda kepada rakan sekerja, pihak pentadbir ataupun rakan-rakan dengan mudah sama ada melalui Link Sharing atau Add People.


5. Muat turun semua fail atau beberapa folder sekaligus.
Anda boleh pilih beberapa fail dan folder dan anda boleh muat turun sekaligus dalam satu fail ZIP. Mudah dan selamat.



6. Melihat senarai file dan folder yang dikongsikan kepada anda.
Pada bahagian navigasi di sebelah kiri, anda dapat melihat satu menu "Shared With Me'. Di sini anda dapat melihat senarai fail dan folder yang dikongsikan kepada anda.


7. Buat Google Docs, Slides dan Sheets terus daripada Google Drive
Pada ikon +, anda boleh membuat dokumen Google Docs, Slides dan Google Sheets.

8. Edit fail dan folder serentak bersama-sama rakan editor
Dengan berkongsi link fail atau folder, penerima link boleh mengedit dan mengubahsuai. Hal ini menggalakkan collaboration di kalangan rakan guru dan juga memudahkan pentadbir mengumpul bahan.


9. Setkan favourites dengan STAR
Untuk akses lebih cepat kepada fail-fail dan folder - folder utama ialah dengan melabelkan star kepada mereka. Pada navigasi menu di sebelah kiri, anda boleh akses segera daripada menu Star.


10. Peluang kedua bagi fail yang telah dipadam
Untuk semua fail dan folder yang telah dipadam, mereka berada dalam Trash folder. Apabila sesuatu itu dipadam, ia belum dipadam sepenuhnya tetapi dimasukkan ke dalam Trash folder untuk jangka masa tertentu.

11. Tambah muatan pada kos yang rendah
Tidak cukup muatan, anda boleh menambah ruang 15GB kepada 100GB pada harga serendah RM8+


12. Gunakan trick untuk tambah muatan folder
Untuk mengurangkan kos, anda juga boleh mencipta lebih banyak gmail peribadi dan melakukan folder sharing sesama beberapa gmail anda. Dengan itu, walaupun fail-fail disimpan dalam Google Drive berbeza, namus untuk setiap akaun Google Drive dapat mengakses simpanan Google Drive yang lain.

13. Boleh convert fail Microsoft Office terus dalam Google Drive
Anda boleh menukarkan format Microsoft Office ke Google Docs (daripada Google Docs) atau Google Sheets (daripada Microsoft Excel) atau Google Slides (daripada Microsoft Powerpoint).


14. Microsoft Office dan Google Docs adalah seakan sama tetapi tidak serupa
Berhati-hati apabila menukarkan format. Walaupun kita boleh menukarkan format daripada Microsoft Office ke Google Docs dan sebaliknya, format mereka adalah berbeza. Google Docs perlu dibuka secara online kecuali jika anda menggunakan Chromebook. Alignment dan fonts juga mungkin berbeza. 

15. Google Drive boleh 'deep dive' kandungan fail anda
Untuk mencari fail-fail dalam Google Drive anda, anda boleh mencari mereka dengan function Search yang sangat komprehensif termasuk kandungan perkataan tertentu dalam dokumen. Dalam erti kata lain, Search bukan sahaja mengenalpasti nama fail tetapi juga kandungan dalam fail.

16. Google Drive anda adalah umpama Netflix dan iFlix
Simpan semua movies dan clips anda dalam Google Drive dan anda boleh mengakses semua fail itu di mana sahaja. Stream pada bila-bila masa dan di mana sahaja.


17. Warnakan folder untuk kemudahan anda
Folder-folder dalam Google Drive boleh diwarnakan agar mudah anda mengenal pasti mereka.


18. Ubah kedudukan dan lokasi fail atau folder
Anda boleh mengubahsuai dan memindah fail atau folder dalam Google Drive. Jika anda pernah berkongsikan link sesuatu fail, link itu akan dikemaskini secara real time dan anda tidak perlu mendapatkan link baru setiap kali.


19. Jauh lebih senang menggunakan Google Drive dalam Chromebook
Google Drive hadir secara built in directory dalam Chromebook. Anda dapat mengkases serta mengurus kandungan dalam Google Drive terus daripada Chromebook. Malah, anda juga boleh drag and drop dokumen dalam chromebook ke Google Drive dari dalam Chromebook anda sahaja.



20. Manfaatkan Add Ons
Anda boleh mengaktifkan beberapa fungsi add-ons seperti audio converter, image editor, pdf annotator dan sebagainya. Dengan itu, anda boleh mengedit fail-fail anda di mana-mana sahaja.

21. Bekerja dengan sebarang fail dalam Google Drive secara Offline
Google Drive app dalam smartphone dan tablet anda boleh berfungsis secara offline. Muat naik, ubah kedudukan fail dan pelbagai lagi ketika tiada internet dan semuanya akan dikemaskini selepas mendapat sambungan internet.

22. Scan dokumen dan simpan sebagai PDF
Simpan salinan dokumen bercetak atau surat secara digital dengan fungsi Scan  dalam Google Drive.

Image result for scan in google drive app

23. Tiada had akses
Anda tiada had akses berapa bilangan peranti atau destinasi anda boleh mengakses semua bahan dalam Google Drive anda. Ia juga kekal selagi mana anda tidak menghapuskan akaun anda.

24. Integrasi dengan Google Apps
Anda boleh memasukkan apa-apa bahan bersesuaian dan compatible daripada Google Drive ke dalam Google app anda seperti Google Docs, Google Site dan Jamboard.

25. Notifikasi perkongsian bahan atau fail terus melalui notifikasi smartphone
Kebiasaannya, anda dimaklumkan tentang fail yang dikongsikan kepada anda hanya melalui email. Sebenarnya, anda boleh bypass kaedah ini dan anda mendapat notifikasi terus melalui notifikasi telefon anda.

Nak belajar lebih lagi tentang Google Drive, Ha cepat-cepat join t.me/mudahgoogle


Catat Ulasan

4 Ulasan