PERKARA CIKGU KENA BUAT BERMULA TAHUN 2019




1. Back up dokumen secara automatik.
Simpan semua dokumen dalam Google Drive. Cikgu perlu muat turun installer daripada laman web Google Drive dan install dalam laptop. Folder Google Back Up and Sync akan muncul dan sebarang fail atau dokumen pastikan di simpan di situ. Bukan sahaja cikgu dapat menyimpan secara offline malah fail-fail dalam direktori itu juga dimuat naik ke Google Drive secara automatik. Jadi tak perlu risau dokumen hilang dan sebagainya. Go to drive.google.com



2. Simpan dokumentasi gambar tanpa had.
Adalah menyakitkan hati apabila mengetahui storage fon sudah penuh. Sudahnya kita buang gambar-gambar secara manual ataupun mendapatkan telefon yang baru. Hal ini tidak efisyen. Cara terbaik ialah muat naik gambar ke Facebook. Eh! keluarga kita, kawan-kawan kita nak sangat ke tengok gambar-gambar kerja kita. Bila nak cari pula kena scroll satu-satu. Takpun muat naik ke Telegram. Lepas tu kita gores jari scroll gambar satu persatu. BUKAN. Bukan ini caranya!. Muat turun aplikasi Google Photos dalam telefon dan setkan back up folders. Kemudian, apa sahaja gambar yang masuk ke dalam folder, camera atau edit daripada apps akan diback up secara realtime tanpa perlu kita kisah. Bila storage fon dah penuh, tap Free Up Space. Walla, terus fon kita akan delete semua gambar yang berjaya dimuat naik jadi fon kita kembali segar dan cukup muatan tetapi back up ada. Gambar-gambar yang dimuat naik itu tidak memakan muatan Google Drive anda. Malah apabila mencari gambar tertentu, anda boleh menaip kata kunci, objek, tarikh ataupun jenis seperti poster, kolaj, video, gif dan sebagainya. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.google.android.apps.photos





3. Simpan nota secara kemas.
Macam susah je. Tak Pun. Gunakan Google Keep. Ambil sahaja nota, gambar, checklist dan lakaran, semua akan disimpan di Google Drive. Bila anda mahu mencari tapi sahaja kata kunci. Malah ada teknologi OCR untuk menukarkan teks dalam gambar kepada teks. Begitu juga dengan lakaran atau tulisan anda. Setkan juga supaya anda boleh mengakses buat nota terus daripada homepage phone anda. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.google.android.keep



4. Ambil kehadiran, semakan penghantaran dan survey dengan pantas.
Gunakan Google Forms untuk menyemak kehadiran murid, mesyuarat ataupun taklimat. Boleh juga digunakan untuk semakan penghantaran tugasan.  forms.google.com


5. Kumpul video BBM
Ada banyak video-video yang boleh digunakan secara percuma sebagai BBM anda. Dapatkan daripada Youtube app. Jika anda gunakan teknologi Mirroring, muat turun sahaja video daripada Youtube untuk digunakan secara offline dan kemudian pancarkan menerusi Screenbeam atau bagi penggunakan Chromebook gunakan HDMI (offline) atau Chromecast (online). Buat playlist bagi memudahkan anda mengumpul senarai video dengan kemas dan teratur.


6. Kumpul idea BBM
Jika anda dah kering idea atau mahukan idea-idea yang fresh dan terkini, cari idea-idea baru di Pinterest atau Teacher Collection Facebook Group.


7. Guna e-RPH
Mula gunakan e-RPH. Sistem atau cara sebegini bukan sahaja menjimatkan masa malah mudah untuk diakses di mana-mana sahaja. Anda boleh buat e-RPH dengan menggunakan Google Classroom, Google Drive foldering dan Frog VLE. Join t.me/erphmalaysia

8. Guna Google Calendar
Ramai yang tidak menggunakan Google Calendar. Google Calendar membantu anda untuk menyimpan senarai acara dan mesyuarata akan datang dan boleh bertindak sebagai remidner dalam fon dan gmail. Malah jika anda set lokasi, pada hari kejadian Waze atau Google Maps akan prompt anda untuk membawa anda ke lokasi tanpa anda perlu buka Waze atau Google Maps untuk menuliskan alamat secara manual.


9. Jimat data
Jimatkan data internet anda dengan beberapa tips berikut:
- Matikan internet apabila tidak digunakan
- Offkan notifications bagi semua apps kecuali yang mustahak seperti Whatsapp dan Telegram. Kalau Facebook tu  tak perlulah kot.
- Jika anda ada video kegemaran dalam Youtube atau nak bagi anak-anak tonton, buat playlist, kemudian download apabila menggunakan wifi awam, bila offline dah boleh tengok tanpa perlu mengaktifkan sambungan internet.

10. Tulis blog
Setiap hari pasti cikgu-cikgu banyak menghasilkan PdPc menarik. Memuat naik dokumentasi anda dalam Facebook tidak mempunyai nilai formal dan pengiktirafan. Cara terbaik ialah dengan mula membuat blog, Cikgu hanya perlu masukkan beberapa keping gambar beserta sedikit penerangan. Mengapa blog lebih diiktiraf.
1. Blog boleh diakses oleh semua orang awam dan guru. Facebook hanya terhad kepada rakan-rakan dalam Facebook atau jika public, hanya boleh diakses mereka yang mempunyai akaun Facebook.
2. Blog berbentuk navigasi web di mana fokus kepada post-post anda sahaja. Dalam Facebook ianya bercampur aduk dengan koleksi-koleksi peribadi.
3. Blog ada nilai analytics untuk melihat jumlah kunjungan. Hal ini membantu, mengenalpasti demographics pengunjung.

Diharapkan bagi yang belum mencuba boleh mula memperbaiki mutu pengurusan dan kecekapan dengan beberapa cadangan id atas. Mudahkan urusan, tingkatkan produktiviti. Join: t.me/mudahmengajar

Catat Ulasan

12 Ulasan