Email 1GOVUC adalah satu perkhidmatan email dan maklumat yang rasmi diberikan kepada pegawai-pegawai di PPD, Jabatan, KPM, pentadbir sekolah serta guru-guru di sekolah-sekolah terpilih. Dalam email ini, biasanya dipanjangkan maklumat rasmi, promosi untuk kakitangan awam, salinan minit mesyuarat serta edaran pekeliling pendidikan yang terkini. Seringkali ramai kakitangan awam ini terlepas pandang untuk menyemak email mereka kerana perlu menbuka secara manual emails setiap kali. Kebanyakannya memilih untuk membuka laptop untuk menyemak email 1GOVUC mereka. Bagi mengatasi masalah ini, muat turun aplikasi Microsoft Outlook daripada Google Play Store atau Apps Store dan buat notifikasi secara automatik ke telefon anda. Dengan itu, anda tidak lagi tertinggal maklumat penting atau tersenarai dalam carta pegawai yang tidak log in langsung untuk satu jangka masa yang lama.😅
1. Muat turun Microsoft Outlook daripada Google Play Store.
2. Lancarkan aplikasi, klik GET STARTED:
3. Klik ADD ACCOUNT.
4. Klik CONTINUE.
5. Masukkan email 1GOVUC anda dan klik CONTINUE.
6. Masukkan email anda, dan password. Klik Advanced Settings. Masukkan domain seperti dalam gambar ini diikuti username anda iaitu usernama sebelum '@'. Klik atnda tick pada corner atas kanan.
7. Klik Skip.
8. Beri sedikit masa untuk app ini memuat turun semua inbox anda.
9. Beginilah contoh apabila app ini selesai memuat turun semua inbox.
10. Tamat. Mudah saja kan. Now letakkan dalam homepage telefon anda dan ONkan notification.
Untuk lebih perbincangan tentang pengurusan guru, idea mengajar serta bengkel PdPc, join
0 Ulasan