LOG IN MAYBANK2U Tanpa Perlu Taip Password



Dunia semakin canggih. Segala urusan pun semakin pantas. Nak lagi pantas, meh try BIOMETRIC LOGIN dalam Maybank2U. Tak perlu lagi nak taip password panjang. Jeling je kat telefon anda atau sentuh imbasan jari, terus boleh log in.
1. Lancarkan aplikasi Maybank2u anda. Anda akan dibawa untuk prompt mengaktifkan fitur ini. Ia dipanggil Biometric Login. Klik NEXT.


2. Klik NEXT sehinggalah tiba butang BEGIN. Klik BEGIN.


3. On kan pada bahagian FACE ID & VOICE ID. Kemudian klik AGREE & PROCEED.



4. Taipkan dua perkataan untuk anda sebutkan secara lisan nanti. Contoh di sini 'Check Now'. Bagi TOUCH ID, ia akan autodetect rekod fingerprint anda jika telefon anda menyokong fingerprint unlock. 


5. Anda dibawa kepada makluman bahawa sebentar lagi kamera hadapan akan diaktifkan. Anda akan melihat telefon anda sambil menyebut dua perkataan yang anda taipkan tadi.


6. Pandang kamera. Sebut dua perkataan tadi. Proses ini berulang sebanyak tiga kali. 


7. Sebaik berjaya menyimpan rekod wajah anda, makluman ini muncul.


8. Pilih FACE ID.



10. Log Out dan kemudian Log In. Pilih ikon FACE ID sebaris dengan password.


11. Now sudah sedia. Jeling je kat telefon anda dan walla. Anda boleh log in Maybank2U anda. Hebatkan. 

DISCLAIMER: Anda cuba langkah-langkah ini dan cuba buatkan telefon anda imbas wajah anda di Facebook atau gambar. Hasil percubaan saya sebanyak 30 kali, Sistem FACE ID ini cukup SECURE dan memang tidak mudah diceroboh atau diperdaya. Bagaimanapun pilihan di tangan anda. 

Jom join group mudah mengajar. Boleh belajar banyak lagi: t.me/mudahmengajar









Catat Ulasan

0 Ulasan