Menjana pemikiran adalah satu proses yang cukup sukar. Ada dua perkara yang sering menghalang murid daripada melakukan review yang konvensional. Satu kerana topik atau bahan yang dipelajari kurang diminati. Keduanya, review yang hendak dibuat memerlukan analisis yang sukar dan kurang relevan. Oleh itu, boleh mulakan dengan beberapa bentuk penulisan review yang lebih ringkas dan santai seperti di bawah ini.
1. Grab Review
Murid boleh mengambil trip ke mana-mana sahaja berdekatan sekolah dan menulis review pemandu Grab. Screenshot dan kongsikan bersama kelas. Guru boleh mengulas tentang penggunaan bahasa serta ciri-ciri review yang baik.
2. Google Maps Review
Buka Google Maps, pelajar boleh memilih ikon attractions dan mula menulis review beberapa destinasi di sekitar kawasan mereka. Kongsikan review bersama-sama rakan sekelas dan bandingkan score mereka.
3. Instagram Product Review
Instagram adalah platfom paling popular untuk murid menulsi review tentang sesuatu product. Berikan satu product yang sama kepada setiap kumpulan atau murid dan murid perlu mengambil gambar serta menulis review dengan cara yang paling kreatif.
4. Food Review
Berikan satu tema makanan. Murid buat review dalam bentuk penulisan dan video. Kemudian persembahkan dalam kelas dan murid-murid boleh undi.
5. Fashion Review
Guru pilih beberapa keping gambar fesyen artis (yang sopan dan sesuai of course) dan minta murid untuk memberikan ulasan. Pandu mereka untuk bercakap tentang harga, bahan-bahan, kesesuaian majlis dan sebagainya.
6. Gadget Review
Selain fesyen dan makanan, gajet adalah cukup sinonim dengan generasi remaja kini. Oleh itu, beri pilihan kepada murid untuk menulis review tentang smartphone atau gajet yang mereka ada. Tetapkan perlu ada pros and cons dengan itu murid menjadi lebih kreatif dan analitikal.
7. Book Review
Akhir sekali dan tidak dilupakan ialah book review. Ini adalah yang paling asas dan popular. Boleh gabungkan dengan program NILAM. Di samping merumuskan dan membuat sinopsis untuk buku yang dibaca, murid pada masa yang sama menulis review tentang buku itu. Murid boleh ulas lebih daripada sekadar isinya. Boleh juga komen tentang kulit buku, bahan-bahan, muka depan dan sebagainya.
Tips
1. Sekali-sekala, boleh juga fokuskan kepada satu aspek sahaja contohnya cons bg semua produk yang dipelajari. Dengan itu, murid berfikiran terbuka dalam memberi komen yang membina.
1. Sekali-sekala, boleh juga fokuskan kepada satu aspek sahaja contohnya cons bg semua produk yang dipelajari. Dengan itu, murid berfikiran terbuka dalam memberi komen yang membina.
2. Beri ganjaran dalam bentuk undian dan points bagi review-review yang terbaik.
Join
0 Ulasan