PENTAKSIRAN BILIK DARJAH TAHAP SATU BERMULA 2019



Bermula Januari 2019. tiada lagi peperiksaan pertengahan tahun dan penghujung tahun bagi tahap 1 (Darjah 1, 2 dan 3). Ia digantikan dengan pentaksiran bilik darjah selaras dengan penguatkuasaan tiada lagi pengasingan kelas ataupun streaming


Ada 4 matlamat utama pentaksiran bilik darjah
*  Guru berfokus kepada tugas mendidik, menyemai nilai-nilai murni dan membina kemahiran serta sahsiah murid
*  Pembelajaran berorientasikan perkembangan
*  Konsep didik hibur dan amalan nilai rutin harian diterapkan secara konsisten 
*  Pengukuhan Pentaksiran Bilik Darjah menerusi aktiviti pembelajaran.

Oleh itu, guru akan fokus lebih kepada keseronokan mengajar dan murid belajar tanpa perlu fokus kepada keperluan peperiksaan. Penekanan diberikan kepada proses PdPc dan bukannya output. Dalam proses ini, kemahiran dan sahsiah murid juga diambil kira. Guru juga mempunyai lebih banyak ruang untuk melakukan aktiviti-aktiviti didik hibur tanpa perlu mengejar syllabus.  Pengukuhan berupaya untuk menyokong murid membina kemahiran dan mewujudkan kesedaran dalam pembelajaran. Hal ini selari dengan 'assesment of learning and assessment for learning' ataupun Pentaksiran Pembelajaran dan Pentaksiran Untuk Pembelajaran. 

Dengan itu, maklumat berikut perlu diambil perhatian
*  Tiada peperiksaan pertengahan dan akhir tahun
*  Pengajaran lebih berfokus untuk membina kemahiran karakter dan sahsiah murid
*  Wujud budaya belajar yang seronok, bermakna dan berfokus kepada murid
*  Hasil kerja murid dan kemenjadian murid itu sendiri adalah bukti keberhasilan pembelajaran

Tiada peperiksaan setara dan berkala dijalankan. Dengan itu, guru dan murid tidak fokus kepada teknik menjawab soalan dan syllabus. Di samping itu, murid dapat mengalami pengalaman pembelajaran yang terbuka dan menyeronokkan. Hasil pembelajaran murid itu sendiri adalah evidens kukuh. Cuma buat masa ini masih belum ditetapkan bentuk evidens yang perlu ada bagi menyokong pentaksiran yang telah dibuat. Bagi menetukan tahap murid, ia dikenali sebagai Tahap Penguasaan (TP) berdasarkan Standard Prestasi (SP). Sementara dokumen rujukan untuk pentaksiran ialah Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP).  

Pihak sekolah sudah boleh melakukan beberapa tindakan
1. Pentaksiran Bilik Darjah
2, Pentaksiran Berasaskan Sekolah
3. Pelaporan PBD 2 kali setahun.
4. Hasil Kerja Murid
5. Pengukuhan menerusi aktiviti kuiz, permainan, bercerita, projek mudah, main peranan.
6. Berfokus kepada 4M. 
7. Literasi dan Numerasi: Akauntabiliti Sekolah

Autonomi pentaksiran diberikan sepenuhnya kepada pihak sekolah. Sekolah perlu memberikan sokongan kepada murid untuk meningkatkan tahap penguasaan. Pelaporan dicadangkan untuk diadakan sebanyak 2 kali setahun dengan mengambil kira tahap penguasaan semasa proses pembelajaran dan juga hasil kerja murid. Pengukuhan bermaksud aktiviti pentaksiran yang dijalankan dengan 5 aktiviti cadangan iaitu kuiz, permainan, bercerita, projek mudah, main peranan. Fokus kepada 4M bermaksud Menulis, Mengira, Membaca dan Menaakul (Membuat keputusan, merancang dan sebagainya). Bagi literasi dan numerasi, sekolah bebas menentukan bentuk saringan dan sokongan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan. 

Rumusan Pelaporan
1. Guru Penyelaras dilantik
2. Perbincangan antara guru mata pelajaran dibuat
3. Dicadangkan dibuat 2 kali setahun
4. Dijalankan PLC untuk penambahbaikan, perkongsian idea dan sumbangsaran.

Tahap Penguasaan Literasi dan Numerasi
1. Memastikan tahap penguasaan murid dalam 3M
2. Menggunakan sumber sedia ada di sekolah
3. Keperluan memberi sokongan di sekolah

Setiap murid perlu menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Sekolah boleh menentukan bentuk saringan dan sokongan. Bagaimanapun pihak sekolah boleh mendapatkan bantuan daripada pihak PPD untuk menentukan intervensi yang bersesuaian. 

Beberapa perkara perlu diambil perhatian
1. Sebarang pengasingan kelas atau streaming tidak dibenarkan kecuali atas beberapa sebab contohnya untuk pemulihan. Bagaimanapun hal ini perlu bersifat sementara dan tidak kekal.
2. Guru perlu lebih bijak menggunakan pelbagai strategi untuk menjalankan pengukuhan bagi mengatasi kesuntukan masa, masalah sumber dan sebagainya. Pentaksiran boleh dibuat secara individu, berpasangan mahupun berkumpulan. Hal ini menjimatkan masa kerana bersifat kolektif.
3. Perlu ada cara yang kreatif untuk merekod tahap murid. Gunakan kaedah Popsicle Sticks, Jump Box, Level O Meter, Bubble Rank, Google Keep CheckBoxes dan bermacam-macam lagi. 

Pekeliling






Untuk lebih perbincangan, join



Catat Ulasan

0 Ulasan