FUNGSI LINKED SLIDES AKTIVITI KOLABORATIF GOOGLE SLIDES DENGAN LEBIH TERATUR



Fungsi Linked Slides ini adalah satu cara yang mana guru dapat mengelakkan daripada terlalu ramai murid yang masuk ke dalam slides yang sama dan risiko untuk murid tersalah edit slides orang lain. Malah ia lebih kemas dan master slides juga tidak menjadi kelam kabut. Jom kita cuba.

1. Pergi pelayar web anda. Di bahagian alamat URL, taipkan slides.new

2. Taipkan tajuk slides anda.


3. Pergi ke tab File>New>Presentation


4. Namakan salinan slides murid. Untuk kumpulan 1, letakan Kumpulan 1. 


5. Katakan setiap kumpulan ada 3 slides dan ada 5 Kumpulan semuanya. Cara paling cepat untuk cikgu buat lagi 4 set adalah seperti ini:


6. Tukarkan kepada Anyone With The Link Can View. Kemudian Copy Link.


7. Paste alamat ke ruang alamat url di tab yang baru dan tukar wording edit?usp=sharing...kepada copy



8. Salin keseluruhan keseluruhan alamat ini dan paste ke 4 tab yang baru. Pilih Make a copy dan namakan sahaja tajuk Google Slides itu kepada Kumpulan 2, Kumpulan 3 dan seterusnya.


9. Ini hasilnya. 


10. Pastikan semua sharing settings adalah Anyone With the Link Can Edit. Kemudian berikan kepada setiap kumpulan slides mereka masing-masing (beri link).

11. Pergi ke slides kumpulan 1. Copy semua ketiga-tiga slides di dalam itu dan paste dalam Master Slides Guru tadi. 



12. Seusai itu, muncul 'Link Slides'. Pilih Link Slides.


13. Ulang dengan kesemua 5 set of 3 slides murid. Jadi dalam master slides ada 15. Dengan itu, kesemua slides murid ada dalam master slides. Murid hanya perlu edit dalam slides mereka masing-masing. 


14. Kemudian apabila murid mengemaskini slides mereka, slides mereka dalam master slides akan timbul ikon update. Guru updatekan semasa sesi pembentangan.


15. Itulah cara yang berkesan untuk menyelesaikan masalah tugasan kolaboratif Google Slides tanpa perlu murid menganggu slides murid lain. Ia lebih kemas dan mudah untuk mengatur pembelajaran murid. 





Catat Ulasan

0 Ulasan