HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN DAN SUASANA SEKOLAH YANG MENARIK DI SK FELDA SUNGAI SIBOL



Bagaimana dengan hari pertama persekolahan di sekolah anda? Saya berpeluang melihat situasi ini di SK Felda Sungai Sibol yang terletak di Bandar Tenggara, Kulai. Sekolah ini diterajui oleh seorang Guru Besar yang hebat iaitu En. Mohd Yahya Bin Said. Ada 34 orang guru semuanya dan sekolah ini adalah sekolah satu sesi. Ada beberapa perkara menarik tentang sekolah ini. Jom kita lihat. 

Amalan Guru Penyayang seperti biasa guru-guru menyambut kedatangan murid dengan salam dan senyuman. Kehadiran murid begitu diraikan. Kemudian semua murid berkumpul di dewan terbuka untuk mendengar taklimat ringkas. 







Bilik darjah semuanya dihias dengan cantik dan kemas. Terdapat suatu bentuk hiasan standard yang mana kebanyakan ruangan bawah dinding kelas ditampal dengan wallpaper. Dengan itu setiap kelas ada corak dan standard. Atas sebab saya pun terkejar-kejar melawat dari satu bilik ke satu bilik, terlupa la pula nak ambil gambar kelas.

Beberapa ruang di sekolah dimanfaatkan untuk pembelajaran seperti ini. Ada satu petak sifir yang besar.



Saya juga sempat melihat bilik makmal sekolah. 







Kemas dan rapi kan? Bukan sahaja barang-barang disusun dengan kemas, malah carta pengenalan alatan dan bahan juga dipamerkan. Barang-barang tambahan mudah diakses. Ruang pengudaraan dan pencahayaan yang baik serta bilik yang kemas dan kondusif. Malah dokumen asas seperti buku rekod penggunaan juga disusun kemas dan mudah dicapai.  Bilik ini diselia oleh Cikgu Kainizam Bin Harun Tahniah SK Felda Sungai Sibol.

Bilik gurunya pula ada pembahagi. Sebelah kiri untuk guru-guru wanita sementara di sebelah kanan untuk guru-guru lelaki. Langkah ini adalah baik memandangkan kebanyakan guru lebih selesa untuk asing lelaki dan perempuan. Masing-masing ada pantri sendiri dan ruang rehat sendiri. Tak sempat nak ambil gambar sebab guru-guru tak berapa nak ready tapi mereka sangat sporting.



Itu dia Guru Besar sekolah ini, En Mohd Yahya Bin Said. Bilik Guru Besar pun lagi cantik dari ruang tamu rumah saya..haha. Sekolah cantik, murid-murid pun happy nak belajar. Cikgu pun seronok nak mengajar. 

Begitulah sedikit sebanyak tentang sekolah ini. Banyak lagi sudut-sudut atau bahagian-bahagian yang menarik di sekolah inshaAllah jika ada kelapangan lagi saya share kan kepada rakan-rakan guru semua.

Jom kita kongsikan idea dan perkara menarik di sekolah anda di t.me/mudahmengajar

Catat Ulasan

0 Ulasan