KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESSIONAL (PLC)



PLC adalah singkatan kepada program Profesional Learning Communities yang merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam usaha membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka, (Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006,). 
(Sumber asal: Muat turun di sini)

OBJEKTIF PLC

  • Menarik penyertaan menyeluruh stake holder dan warga pendidik untuk menjayakan NKRA dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025).
  • Menzahirkan komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menjayakan PPPM 2013-2025 melalui perancangan dan tindakan khusus secara menyeluruh dan bersepadu.
  • Meningkatkan kualiti dan amalan pengajaran dan pembelajaran guru.
  • Menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan bekerjasama dalam kalangan guru.
  • Mewujudkan semangat kerja berpasukan.
  • Membangunkan sekumpulan pengurus mata pelajaran yang pakar untuk membantu dan memberikan bimbingan kepada pengurus-pengurus mata pelajaran yang lain (coaching partnership)
  • Mengindoktrinkan pemikiran pengurus mata pelajaran bagi menzahirkan jati diri sebagai pemimpin instruksional.
  • Mempopularkan dan membudayakan PLC sebaga istrategi pelaksanaan kursus dalam perkhidmatan peningkatan profesionalisme guru-guru di Malaysia.

Ada 4 jenis aktiviti PLC yang digalakkan. Antaranya ialah:
  • Lesson Study
  • Peer Coaching
  • Learning Walk
  • Teacher Sharing Sessions
Lesson Study
Guru-guru berkolaboratif mencari isu/masalah serta langkah penambahbaikan dalam sesuatu pdpc dan kemudian menjalankan pelan tindakan, membuat perancangan, tindakan dan tindak susul. 


Peer Coaching
Guru bantu membantu dalam membuat persediaan, pemerhatian dan komen penambahbaikan serta bertukar pendapat tentang langkah penambahbaikan dalam pdpc antara satu sama lain. 


Learning Walk
Guru-guru menjelajah dari satu kelas ke satu kelas, membuat pemerhatian serta membuat catatan dengan fokus dan instrumen tertentu.


Teacher Sharing Session 
Guru bebas membuat apa-apa sahaja perkongsian ilmu berkaitan PdPc dan berlaku secara bergilir-gilir setiap sesi. 

Apakah kekangan guru dalam membuat PLC?
1. Tidak cukup masa.
2. Kurang ilmu dan pendedahan.
3. Belum bersedia untuk bersifat terbuka.
4. Sukar melihat impak.

Bagaimanakah cara mengatasi kekangan ini?
1. Rancang dengan betul. Hadkan masa kepada perkara penting sahaja. Setiap sesi boleh disusuli secara offsite dengan memperkasa online PLC (Google Classroom, Skype, Telegram Group, Google Photos) .
2. Sentiasa merujuk kepada group-group Telegram seperti Mudah Mengajar. Di sana anda boleh berbincang tentang PLC.
3. Sentiasa memberikan komen positif terhadap semua perkongsian guru. Boleh juga merangsang semangat guru dengan mengadakan kuiz pada setiap kali sesi, pertandingan perkongsian terbaik dan sebagainya. Apabila memberikan sesuatu pendapat atau komen, jauhkan sama sekali daripada memberi komen terhadap ciri-ciri guru dan gayanya tetapi fokus lebih kepada bagaimana murid boleh belajar dengan baik dan apakah langkah-langkah atau cara lain yang boleh diterokai untuk menambahbaik mutu PdPc tersebut.
4. Cara dan dokumentasikan setiap sesi PLC. Kemudian buat rententan BEFORE & AFTER. Dengan itu guru dapat melihat impak. Jangan lupa untuk membuat ujian pre dan post menggunakan aplikasi Google Forms.

Mahu tahu lebih lanjut tentang PLC, join




Catat Ulasan

3 Ulasan