TEMPAH BILIK MESYUARAT, MAKMAL DAN SEBAGAINYA DENGAN INI


Antara dilema yang dihadapi oleh pihak sekolah ialah menyediakan satu cara khas untuk penempahan bilik-bilik di sekolah. Boleh cuba Skedda. Penggunaan aplikasi web ini telah dikongsikan kepada saya oleh sahabat saya Cikgu Saiful Amin. 

1. Layari skedda.com. Sign Up Free.


2. Masukkan nama sekolah dan taip url pilihan anda. Klik Next Step.

3. Isikan maklumat email anda.


4. Isikan nama-nama bilik. Untuk akaun percuma, hanya 5 bilik sahaja ditawarkan. Kemudian pilih Create My Account. 


5. Pada homepage, anda akan dapat melihat beberapa contoh tempahan bilik. Anda boleh delete kesemuanya satu persatu. View ini adalah dalam Day View. Klik pada bahagian Users (no.3) pada line biru atas di sebelah kiri,


6. Klik pada bahagian Send Invite Link dan berikan kepada guru-guru di sekolah anda. Mereka perlu Sign Up dan ada akaun Google. 


7. Ini paparan pada new registered user. Ada lain sedikit.


8. Klik pada ikon + untuk membuat tempahan.


9. Isikan maklumat yang diperlukan. 



10. Di sini user boleh melihat bilik yang telah ditempah. Apabila ada guru lain melihat slot waktu ini, mereka nampak bahawa bilik ini telah ditempah.

Nota:
1. Untuk akaun PERCUMA, hanya 5 bilik ditawarkan.
2. Hanya admin yang boleh melihat guru yang menempah. Jika ada guru yang hendak negotiate bilik yang hendak ditempah, mereka perlu berhubung dengan admin untuk mendapatkan identiti indvidu yang telah lebih dulu menempah bilik itu. 
3. Admin boleh terdiri daripada sehingga 5 orang (maksimum)

SELAMAT MENCUBA!

Join kami 

Catat Ulasan

0 Ulasan