5 Perkara Cikgu Selalu Buat Tetapi Kurang Sesuaiiiiii


1. Buat 1 google drive, semua ahli panitia pegang akaun dan password yg sama
Risiko: Ada orang terbuang bahan atau fail ataupun terlupa password dan ada juga tertukarkan password.
Sepatutnya: tak perlu buat Google Drive dengan akaun baru. Ketua Panitia buat sahaja folder baru dalam Google Drive sendiri dan share folder tersebut kepada guru-guru dengan Anyone With The Link Can View.

2. Simpan gambar dalam google drive
Risiko: Google Drive penuh lepas tu susah nak cari gambar. Siap gigih rename satu-satu lagi.
Sepatutnya: Simpan gambar dalam Google Photos. Unlimited storage. Setkan dalam telefon anda. Bila nak cari boleh taipkan lokasi gambar, objek gambar ataupun berdasarkan muka. Memang genius.

3. Buka bahan-bahan Excel terus dari Google Drive
Risiko: Format lari sbb kalau buka dari web ia convert kepada Google Sheets.
Sepatutnya: Buka fail dan download. Kemudian edit dalam laptop, telefon atau tablet. Edit dengan Microsoft Excel.

4. Simpan video2 pdpc dalam google drive
Risiko: Google Drive penuh.
Sepatutnya: Upload ke Youtube. Unlimited storage lagi. Siap boleh buat Channel lagi. Ala-ala 'Mari Belajar Bahasa Melayu Dengan Cikgu Alif'.

5. Nak buat dokumen baru google docs atau sheets mesti nak buka google drive dulu
Risiko: Lambat.
Sepatutnya: Terus taip doc.new, sheet.new atau slide.new. Terus buat dokumen. Kalau nak tengok semua fail-fail jenis yang sama, taip sheets.google.com (Google Sheets), docs.google.com (Google Docs) dan slides.google.com (Google Slides).

Catat Ulasan

4 Ulasan