Ramai guru bertanyakan. Bagaimana saya boleh bermula? Saya ada banyak kekangan. Di sekolah tiada internet, kat makmal komputer tak cukup komputer. Saya dah tua? Saya tak ajar Sains Komputer. Saya bukan membesar di bandar utama dan bermacam-macam lagi. Hal ini bukanlah alasan semata-mata tetapi hakikat yang dihadapi oleh guru. Jika guru hendak bermula membiaskaan diri dengan teknologi, ada banyak pilihan yang boleh diambil untuk bermula. Soalannya, kenapa saya perlu bermula?????
Kenapa orang guna teknologi?
Bila sebut teknologi, kita terbayang gajet, apps, software dan laman web. Kenapa agaknya orang guna semua ini:
- Mudah menyampaikan mesej dan maklumat.
- Cepat menyudahkan urusan.
- Maklumat boleh diakses di mana-mana.
- Mudah memahami sesuatu konsep sbb ada video, audio dan mengkin imej 3D.
- Menyeronokkan sbb ada interaksi dua hala.
- Menjimatkan masa membina sesuatu.
Apa pilihan yang saya ada kalau nak bermula dengan teknologi?
Sebelum masuk kelas, guru boleh mulakan dengan menggunakan teknologi dalam kehidupan. Abaikan dulu peraltan teknologi nak digunakan dalam PdPc. Itu belakang cerita. Paling mudah, mulakan dengan telefon bimbit anda. Antaranya:
- Simpan nota peribadi.
- Simpan password dan alamat laman web penting.
- Simpan gambar jadual dan senarai nama murid.
- Simpan gambar yang mana boleh cikgu akses di mana-mana sahaja.
- Uruskan apps dalam telefon dalam bentuk folder.
- Pelajari cara jimat data dan bateri telefon.
- Buat susunan video Youtube yang nak ditonton.
Bagaimana saya nak buat semua ini?
1. Simpan nota peribadi dengan aplikasi seperti Google Keep Notes, Microsoft One Note ataupun Evernote. Dengan username dan password, semua nota anda selari dalam semua platform. Cikgu boleh kemaskini nota dalam telefon dan kemaskini juga berlaku di laman web aplikasi-aplikasi tersebut. Dengan itu, cikgu lebih cekap dalam menguruskan kehidupan seharian.
2. Simpan password dan laman web penting.
Untuk menyimpan senarai password dan alamat URL cikgu ada 3 pilihan.
- Taip secara manual dalam Google Keep Notes
- Apabila cikgu melayari laman web, dengan pelayar web Chrome, bila mana cikgu masukkan password, akan muncul pop up meminta izin cikgu untuk ingat password. Tap Yes sahaja. Jadi next time, cikgu tidak perlua masukkan password lagi. Jika ada alamat URL yang cikgu nak simpan, cikgu bookmark kan.
- Gunakan aplikasi Last Pass yang boleh menyimpan semua password anda.
3. Simpan gambar jadual dan senarai nama murid.
Untuk ini, anda ada 3 pilihan:
- Simpan gambar jadual dan senarai nama murid dalam Google Keep.
- Masukkan dalam app Google Docs
- Guna app Timetable
4. Simpan gambar yang mana boleh cikgu akses di mana-mana sahaja.
Usah risau jika anda perlu selalu mengambil gambar. Ambl dan simpan sahaja dengan app Google Photos. Ia memudahkan carian juga. Semua gambar anda boleh disimpan secara Cloud tanpa had. Malah enjin cariannya juga sangat efektif. Taipkan sahaja perkataan dan ia boleh meneliti gambar-gambar yang ada, Yang paling best ialah anda boleh melihat semua gambar anda di laman web. Dengan itu, cikgu mudah mengakses gambar-gambar anda.
5. Uruskan apps dalam telefon dalam bentuk folder.
Cantumkan semua apps yang untuk tujuan yang sama untuk membentuk folder. Jadi senang nak cari.
6. Pelajari cara jimat data dan bateri telefon.
Rujuk: https://mudahmengajar.blogspot.com/2019/03/tips-jimat-data-battery-smartphone.html
7. Buat susunan video Youtube yang nak ditonton.
Hal ini sangat penting. Bukan sahaja menjimatkan masa malah memudahkan cikgu mencari video-video dalam topik yang sama. Buat playlist dalam app Youtube. Kemudian boleh download juga untuk tontonan secara offline.
Bagaimanakah menggunakan app urusan dalam kehidupan seharian ini membantu saya memahami dan menggunakan teknologi yang akan digunakan dalam pdpc?
1. Cikgu akan dapat lihat bagaimana semua apps ini juga digunakan untuk pengurusan bahan pdpc. Jika cikgu ada laptop dan projektor. cikgu hanya papar sahaja bahan-bahan yang sudah tersedia tersimpan dengan kemas.
2. Cikgu mudah membuat perekodan dalam bentuk gamabr dan juga video. Yang mudahnya cikgu juga boleh kongsikan apa yang berlaku dalam kelas kepada murid melalui Whatsapp Group, Telegram dan Frog VLE.
3. Layout dan desain aplikasi pdpc sebenarnya hampir sama. Semuanya dimulakan dengan Sign Up, kemudian masuk ke dashboard atau homepage dan mula untuk create.
4. Dalam membina Youtube Playlist, aktiviti ini juga boleh dilakukan bersama dengan murid. Bukan sahaja murid sudah bantu cikgu bina koleksi BBM video malah murid sendiri belajar bahawa mereka sendiri pun boleh mengumpulkan bahan-bahan untuk mereka belajar.
5. Sesudah cikgu menggunakan semua apps ini, cikgu akan fokus kepada gajet yang dapat memenuhi semua keperluan apps ini. Adakah cikgu nak tablet sahaja, telefon sahaja, laptop biasa, laptop boleh lipat atau laptop ada kamera belakang.
Tahukah anda bahawa semua apps untuk pengurusan aktiviti harian cikgu itu boleh juga menjadi aplikasi yang murid guna dalam pdpc?
Senaraikan semua apps tadi dan fikirkan bagaimana cikgu boleh gunakan bersama-sama dengan murid.....
Join t.me/mudahmengajar
0 Ulasan